My protection!

Insomnia menyerang hari hariku ... ! !

Assalammualaikum ! !
Hai ,, Follower ,, slient reader .. Maafkan saya kerana sudah lama tidak hupdead blog .. Sekarang ini ,, Ketandusan idea yang amat dasyat menyerang sel sel otak saya .. hmm ,, Memandangkan ibuk ibuk bapak bapak gadis gadis abe abe sekalian sudah mula liar dengan ber Blog nie .. Saya pun ambil keputusan untuk baca jerr apa yang korang taipkan di papan kekunci .. ! !

 Assalammualaikum , Pembuka bicara ,, 
Saya disini ada cerita ,,
Cerita tentang diri saya ,, 
Sedang mempunyai masalah serba tak kena .. :P

Korang Pernah tak dengar penyakit Insomnia ( Penyakit tak boleh tidur diwaktu malam
* Pss : Jadi Burung hantu la pulak saya sekarang .. Mujurlah ada teman yang sudi menemani malam sepi saya nih .. Screen yang bertulihh Facebook ! ! Bertuahlah juga adanya kekasih hati yang amat memahami .. sering temani apa jua keadaan saya .. 


Bawah mata saya sudah jadi macam mata panda nih .. Mujurlah boleh ditepek dengan bb cream keesokkan harinya :P

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
  
Saya Rasa , saya dah stage yang ke 3 .. hee ~

Antara sebab saya jadi begini :
* Terlalu terikut ikut cerita dekat tb tuhhhh .. Terutama cerita HANTU .. Seram kott .. Rasa tak aman dan tenteram jerr nak tidur .. Apatah lagi saya tidur sorang sorang .. cepatan dong .. carikan teman untuk saya ! !
*Angkara tak buat apa apa lah nihh .. Mentang mentang tengah cuti selama sebulan .. Kalau sekolah tuhh .. Asyik asyik nak tidur jerr .. pagi dalam kelas nak tidur ,, tengah hari nak tidur ,, petang nak tidur .. malam apatah lagikan .. Belajar pun dalam tidur .. hehe
Sekarang .. Aduhaiii .. Sukarnya ! !
*Suka fikir bukan bukan .. Alih alih stress sendiri .. Menci ahhh ! !

To Mata cantikku  :(Sekarang .. Masa tulis entry nihh .. pukul 4.38 pagi .. Boleh tak saya ambil ubat tidur .. Please lah .. saya perlukan tidur yang secukupnya .. sebab esok kena bangun pagi la , Mangkuk ..)

Starting Malam Esok ,, Nak buat tipss nih semuaaaa ...... ! !


TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Yang Benar ,,
Leyla <<<

Good Luck for all Candidates SPM Batch 2011 ..

Assalammualaikum .. Entry kali nie pendek jer .. Cuma nak wish Good Luck utk adeq adeq yang bakal menduduki SPM esok iaitu Isnin 14/11/2011 ..

Teringat tahun 2010 dulu .. Angah .. Bersusah payah ambil cuti .. Semata mata nak support adeq dia yang bongsu nih .. Bersusah payah pergi KL .. Rumah ayah semata mata nak minta restu .. Menangis nangis sambil berpeluk pelukan dengan Ayah .. Keesokkan harinya ,, Datang dengan penuh harapan " Aku boleh buat ! ! " .. Ye .. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar ..

Teringat lagi .. Soalan Bahasa Malaysia .. Banyak soalan bocor .. Sampai sampai kementerian nak repeat paper balik .. Oh ! ! tidak ! ! .. sesungguhnya .. Itu akan menjejaskan reputasi kalau di ulang ..

Teringat lagi .. Seminggu nak pekse kertas Ekonomi Asas .. Baru terkial kial nak belajar .. Sedangkan 2 tahun menghadap muka buku Ekonomi dan muka cikgu .. Tapi satu pun tak tahu .. Alih alih nak peksa baru lah beria ia belajar .. Dengan limpah kurnianya .. dapat lah b+ untuk orang yang malas nak belajar nih ..

Teringat lagi .. Masa nak ambil result .. Aku datang dewan .. Terus je Aina Syafiqah peluk aku .. Dia kata dia dapat 5A dalam tangisan .. Aku punya ? ? Tak ambil lagi .. Ok ! ! Aku lepaskan pelukkan .. Dan terus ambil result .. Alhamdulillah .. Aku dapat 4 A .. Ok sangat la tu .. Sebab tak sangka budak malas belajar boleh dapat macam tu ..

Nampak je banyak A .. Bak kata Ayah .. 4 A je .. Apa sangat .. Kalau boleh .. Straight A .. Baru orang pandang .. Ye la, Yah .. Saya bukan sesiapa .. ! !

Sebab tu lah merempat dekat Form 6 tu kan .. Ok Fine .. ! ! saya sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu dekat form 6 .. Bertuah jugak ,, saya dapat ketemu Rahman siregar disitu .. Serta teramat bertuah ,, saya boleh berkawan dengan Iffah sulaiha yang bersemangat kental ,, Fatihah Za'aba (Rekrut ) yang tegas ,, Ayu Haliza furhana yang bersemangat nak dapat 4 flat .. Ervieena sharmilla Yang manis tu .. Ketemu Priencess2 dan puteres2 dalam kelas 6 rendah bougainvilea tu .. semua itu kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila bila ..
Sekian ~
By:
Leyla ~
* Terima Kasih dekat Anis Muhidzir sebab ajar macam mana nak print screen tu .. Sayang kau ~

|
|
|
V

Saya dah dapat..Awak??

Tengok myvi tu...yang kaler kuning tu..menarikkan..sebab kereta kuning tu lah buat saya semangat...:)
Assalammualaikum…tiga hari bulan sebelas dua ribu sebelas..Bersamaan hari khamis..Aku dapat sesuatu..sesuatu yang dihajati sejak azali lagi..Rasa sejuk perut ibu mengandung bila aku dah lulus benda tu..Ahahaha~

Aku rasa benda tu macam dapat present daripada Allah pulak..Sebab dimakbulkan doa aku..Selepas aku kehabisan wang,,tenaga,,masa,,dan juga semangat untuk meneruskannya..Hampir hampir berputus asa sebab kali nie masuk kali ke 3 aku ambil benda tu….

Apakah benda tu??Apakah Apakah??Meh,,Mari membaca Anakku sekalian….
Aku lulus dapatkan Lesen P untuk kereta..Kecoh betul..!!Lama tau  masa aku ambil benda alah nie..Berkali kali aku pergi JPJ..dan Kali nih aku BERJAYA..Kalau bolehlah aku nak tanya dekat sesiapa yang ada lesen tu..Apa perasaan korang bila dah ada benda tu??Lagi lagi korang nih macam aku..dah banyak kali fail??Korang yang sekali ambil tu..Diam..Korang tak tahu perasaan Kami yang banyak kali fail nih!!!!

Aku rasa seronok sangat..Mana taknya..Lesen nie termasuk dalam Azam 2011..So,,tercapailah azam tu..Tinggal 1 je lagi belum dapat..post pone ke tahun hadapan..
nampak itu kereta??
Dah lulus barulah rasa kencing lawas..Mandi basah..Tidur Lena..Makan berselera..Wow!!Aku daftar lesen 3 minggu lepas..Aku memang tak boleh tersenyum sangat lah..Seriusly,,Aku cuak habis habisan..

Tapi..Apa apa pun..Aku lebih suka, lebih cintakan Mr.hans aku..so,,Aku rasa buat masa nie..Aku nak naik motor jerr..Lagi best..Boleh usha usha Mat rempit..menikmati angin sepoi sepoi bahasa..Amboi,,Lempang aku sekali…Bersastera sangat..!!

Pengalaman JPJ kali nih..
Masa Bahagian 2..Paling cuak dekat parking..Sebab dah 3 kali termasuk QTI aku fail dekat Parking..So,,Mengikut step..Naik bukit..Masa Masuk kereta tu..Aku dipaksa untuk memakai tali pinggang..Sebelum sebelum nih cikgu  yang ajar aku tu tak bagi aku pakai tali pinggang bagi keadaan aku selesa bawak kereta…JPJ kali nih cerewat pulok..huhu

Tekan calsh,,Masuk gear 1,,tekan Handbrek..Tekan minyak mendaki bukit..sekali jer..Disebabkan aku pakai Tali pinggang aku tak Nampak tayar dah kena petak kuning ke belum..Maka dengan itu,,Aku pun tanya JPJ tu..Ok tak?? Dia pun jawab..Saya ada kata apa apa ke??Tak de kan..So,,boleh turun….Aku pun turun..pergi ke parking…Alhamdulillah..Aku berjaya buat parking tanpa menyentuh jejari tiang yang kejam itu..Dan terus ke 3 Penjuru..Aku banyak buang masa dekat 3 penjuru..Takut termati enjin….so,,kena buat pelahan lahan..I’m proud with myself..Sebab dapat praktikkan apa yang aku belajar dalam masa 30 minit sebelum JPJ..haha

Bahagian 3..Yakni,,Jalan Raya..Saya sungguh terharu disebabkan JPJ yang duduk sebelah saya di anggap Rahman Siregar..Pakwe Tersayang..HAHA..Sungguh Baik Encik Nashrulaili..Banyak bagi tip masa dalam test tu..Tak sombong..Aku rasa macam Wartawan dah aku bertanya itu ini dengan dia..boleh gelak gelak dengan dia….Best sangat sangat….Tapi kan Tapikan…sebelum JPJ..Cikgu yang ajar aku tu..Bagi cadangan macam nie tau..
“Lailatul,Awak nak lulus Jalan Raya tak??Awak Bayar RM80 dekat JPJ..Minta dia tolong awak luluskan Jalan Raya..”Apakah maksud cikgu itu??Oh!!Ye..Hati Aku sudah menangis tersedu sedan sambil berdoa..Ya Allah,,Biarkan Aku tak lulus kali ini..Asalkan Aku tak bagi rasuah dekat orang lain dan menyebabkan aku kena soalan di Akhirat nanti………..!

Alhamdulillah..Semua dah settle..lega teramat sangat…..
Oklah..Setakat ini jer…

Sekian~
|
|
|
v


By:
Leyla~

Hari nie Tarikh Lahir Saya..:)


Nak Kek Macam nie lagi boleh tak??
Assalammualaikum..Hai Blogger dan Slient Reader…I’m so sleepiness…Walaupun Tidur Awal..Pukul 10 dah tidur..Tapi..Tak boleh Blah langsung handset berbunyi bunyi lagu ‘Today my life begins’..Rasa nak campak jerr…Nak Tutup pun ada..Ada tu..Pukul 3 masuk mesej..Hisy,,Daripada siapa lah agaknya tu..Biarkan..Esok Pagi Aku tengok….!!!

Bangun Dalam Pukul 8 pagi macam tu..Tengok telefon..2 misscall 20 mesej..Perghh!!Rajinnya bebudak nih hantar mesej dekat aku..Ada apa sebenarnya??

From Atiqah Kherruddin: “Hey!appy birthday to u!..happy birthday to laila..appy birthday 2 y0u.!,hey my dear..u now 18..hehe..good luck k!semoga bjaya dlm idop! Xcare k!jgn nkl!..xoxo”

WHAT??Hari nie Birthday aku ke??Terus tengok Kalendar dekat fon..25 oct 2011..A’ah la..Hari nie birthday aku..Nampak sangat mamai baru bangun tidur..!!Aku baca semua mesej tu..yang tak boleh blah..Mesej daripada ayah…

From Ayah: “Selamat Hari Jadi,Ayah Doakan Intan(Nama Samaran Dekat rumah)lebih berjaya dimasa hadapan demi mencapai cita cita dan lebih matang…”
Owww..Wa rasa..Nak menitis Air mata…Hilang wa punya rock…!Ayah…lendu lendu kamu!!
Setiap tahun Ayah mesti ada depan mata masa birthday..Hari nie Ayah tak ada..Sedih sedih :(..

Masa Aku breakfast pagi tadi..Kak Yang Dan Abang Lang Buat buat macam biasa je..Sampai Satu masa aku kata.. “Abang Lang Tak nak Wish Happy Birthday ke kat Intan??”
Dia terkejut..Dan Bertanya balik.. “Hari nie Birthday Adik ke??”Hmm,,UNTUNGLAH..lupa Birthday kita..Lepas tu..dia termenung sejenak..Dia kata dekat Kak Yang.. “Yang,,Hari nie genap 10 Tahun kita berkenalan…Ingat lagi..Masa tu Intan 8 tahun Baya baya Danish sekarang nie..Sibuk nak Naik motor besar Abang tu..Tak pe deq,,Karang Abang Lang Bawak Naik Motor Kapcai Abang Lang tu”Aku hanya mampu tersenggih….!!Kelakar kot ingatkan balik..haha

Hari nie aku rasa macam hari hari biasa je..Tak berbeza langsung…Tapi,,Benda yang boleh buat aku tersenyum..Masa dapat Mesej dari Azmi Naquib..Dia wish Happy Birthday..Tapi..Aku tak sangka pulak..Dia dah tukar numbor dari maxis Ke Celcom..Aku try call dia..Tapi Masa tu dia ada kelas..hisy,,Saya rindu awak..Every year awak akan wish Birthday saya..Awak Kata nak bagi 3 biji gula gula..Tapi Awak Tak bagi pun..Yang specialnya..Kita boleh lepak lama lama..Itu dah kira present paling berhargalah tu..Dapat duduk lama lama dengan awak..Depan Padang..haha
Kenangan kot benda tu…!!Sekarang awak dengan study awak…Dah nak terbang ke UK awak dah kan..Sedih la..Awak Nak pergi jauh..huhu~

Bukak Fb..Mak eh!!53 notification..So Sweet..Ramai yang wish birthday aku…!!Walaupun hanya ucapan selamat hari lahir je..Aku tetap rasa terharu..Walaupun hadiah tak ada..Aku tetap bersyukur sebab aku di panjangkan umur..Apa Hadiah yang aku minta pada Allah ialah…
_ _ _ _ _ P….Aku harap sangat Allah dengar permintaan aku..Amin~
Nak minta Hadiah Dari Bf or Gf..tak pe..Siapa saya, Awak nak bagi hadiahkan..I’m only nothing on you!!It’s ok!!Not important pun..hee~Asal Hotlink bagi free call dekat aku..haha
Tapi..Aku tak tahu nak call siapa..Semua Busy..UNTUNGLAH!!!!

Kalau nak Kata Wish..Rakan rakan Karib Semua Wish..Cuma sorang jerr..Mungkin dia lupa..Atau mungkin buat buat tak tahu..Seriusly,,Aku Rapat dengan dia..Dia boleh Buat buat tak tahu…Sedangkan Aku baru je jumpa dia tengah hari tadi…Tak pe..Tak perlu kecik Hati sangat la kan..Benda kecil je..!!Ada 4 orang lagi..Aku tertunggu tunggu wish daripadanya..Oh!!Tuhan…Kembalikan ingatannya agar dia selalu ingat kepadaku..Amin~

25/10/2011..tarikh terpenting..Pertama Birthday aku..Kedua..In Relationship with Rahman Siregar sudah sebulan..Ketiga,,Hari nie Aina(my twin) Ambil Ujian computer..Aku tahu dia boleh buat…So..Dia Lulus..whooho!!Taniah di ucapkan…!!

Hmm,,Itu je kot..Selamat hari Lahir Lailatul Badriah binti Mohamad yang Ke 18 tahun…Semoga Kau panjang Umur..Di Murahkan rezeki..Success dalam setiap bidang yang di ceburi..Dan di rahmati Allah…Insyaallah!!Amin~

Sekian~

Birthday Gurl:
Laila~
|
|
|
v
Nothing on you Lailatul Badriah!:)

Dear Dairy:Saya ada Cerita..


Arghhhh!!Baru bangun dari tidur yang lena..Padan Muka tidur lewat lagi..Bangun pun dah lewat…

Eh!!Hai,,Bloggers dan Slient Reader..Saya Ada 2 story untuk entry kali..

Dua puluh dua Hari bulan sepuluh dua ribu sebelas Hari tu pergi merisik untuk Along..
Sebelum pergi merisik tu..Along Tanya kat aku.. “betul ke Along nak pergi merisik orang nih??”Hisyh,,boleh pulak dia buat buat tak sodar….Aiyak!!

Sebelum nak pergi..
Rombongan Pihak Kami..

Buah Tangan Dan Cincin Merisik Merangkap Bertunang
Adeq beradik Aku semua balik..Walaupun Pergi merisik hanya ala Kadar..Ala ala koboi..Merisik atas kuda jerrr..Tapi..semuanya berjalan dengan lancar..Plan diaorang nak Kahwin 27/11/2011..bersamaan 1 Muharram..ow!!Aku sudah planning nak tempah baju..Agak agak siapa lagi vogue??pengantin ke aku??haha

Hm,,Cerita pasal Along aku nih..Dia nie..Banyak kali putus cinta..Putus tunang…Disebabkan putus cinta punya pasal..Dari Rocker jadi Alim Ulamak..Dari  Alim Ulamak jadi Rocker Balik..Aiyakk!!Itu semua penangan cinta..Ingat perempuan je ke kalau putus cinta frust tertonggeng..Lelaki pun sama….!!Lagi lagi in relationship dah lama..Bila dah saat saat nak Kahwin tetiba Putus dan musnah segalanya..sedihkan..hmmm~

Hope:
Along:Dapat Jaga Hubungan nih dengan baik..Tinggal sebulan je lagi..Panas baran kurangkan..Kalau boleh lesapkan dari tubuh badan..Planning Baik baik..Kalau boleh biarlah kali nie kali yang terakhir..

Bakal Kak Yong:Sabar dengan Along nie..Jangan suka mengkritik tetapi bagi semangat dekat Along nie..Itu sebab Kaum Hawa dijadikan Dari tulang rusuk kaum Adam..Sebab dia nak bagi sokongan..

* Bakal Pengantin tak ada gambar.....Kahwin Nanti baru boleh Klik gambar..Siapa nak pinjamkan kamera dsLr dekat aku??sila angkat tangan!!

Cerita Kedua..Keesokkan harinya..Angah Ajak balik Seri Menanti(kampong Belah Ayah)..Nak jumpa Mak Teh..Nak cari Gambar Atuk..Nak tunjukkan dekat Anak anaknya..Aku Sendiri tak pernah jumpa Atuk..Kesian Aku..Semua benda Aku tak de…Huhu
Pergi Ziarah kubur Atuk Apak dengan Uwan..
Ini Uwan...

Ini Atuk..
Nama Atuk Aku..Abdul Wahab Bin Dayan..Nama Uwan pulak Mariam Binti Sihi(Acong)..Atuk Orang Pahang Uwan orang Seri Menanti..Rupa atuk Ada sorang je warisnya..Pak Ngah..Pak Ngah pun Dah lama Pergi menghadap Ilahi..So,,Seriusly,,Aku tak pernah tengok rupa atuk..Kalau muka Uwan..Ramai pulak yang copy right and protected..Kebanyakkan Ramai ikut Rupa Uwan..Ayah aku pun Ikut rupa Uwan…

Lepas je..tunjuk tunjuk gambar tu..Pergi Istana Seri Menanti..Walaupun Aku selalu jugak balik Seri Menanti..Tetapi Aku tak pernah jejak kaki pergi Istana Seri Menanti..Tak banyak gambar dapat tangkap..Sebab Kamera aku pun 2.0mp je…So,,Mana cantek sangat..
|
|
|
V
Istana Lama Seri Menanti..

Itu Abang Ngah Saya..

Klik!!Klik!!Klik!!
Sebelum Nak masuk Kena tulis dekat buku Pelawat dulu..
Kalau dulu..Dengar dengar cerita..Orang ramai tak boleh naik sampai ke tingkat 4..Sebab dia..Aku sendiri tak tahu.. Sekarang dah boleh naik atas tu..Bukan ada apa apa..Cuma ada Gambar Dan keterangan pasal Tingkat tu..Tangga nak naik tu..Perghh!!Curam dan sangat bahaya…Kalau jatuh boleh patah kaki ow…!! Ha,,Yang tak boleh bla tu..Aku salah Fakta pasal Adat Perpatih..Masa Aku Final Exam Hari tu..Aku tulis Berasal dari Sumetera Utara..Sedangkan Sumetera Barat…Abih la..Kalau dah salah Faktakan..huhu
|
|
|
v
Koleksi Yang sempat di ambil..
Ini Kak Lang Saya..Di lagi Hot dari saya..

laluan dalam Istana..

See Abang Ngah Dengan Kakak Khusyuk Membaca..

Ini Apa??Search Google kalau tak tahu ey..

View dari tingkat 4


Pusing pusing..Lepas tu..B.A.L.I.K..

Sekian~

Trutly By:
Leyla~

Teriak!!Final Exam sudah habis!!


Assalammualaikum,,Hai silent reader..Hari nih 19/10/2011..Bersamaan hari rabu..Maka itu,,Diisytiharkan PEPERIKSAAN TELAH TAMAT..Final Exam untuk tahun 2011 telah pun tamat..Dengan ini..Diisytiharkan bahawasanya holiday telah pun tiba…Hahaha(hatiku sungguh gumbira!!)

Konklusinya,,peperiksaan kali ini…
(hee~Belum Ada pendahuluan..Belum ada isi atau sewaktu dengannya…Tetiba dah masuk kesimpulan…hai,,cikgu mana yang ajar kau BM nih Lailatul….!!)
Ok..Ok..!!Kertas yang paling aku rasa..Aku down..down..down untuk jawab ialah MUET dan Pengajian Am..Wow!!Boleh tahan..Banyak soalan yang aku main hentam..Dah la..Kedua dua subjek tu penting…hisy!!Lailatul..Bagaimana mahu dapat 4 flat nih??
Kalau nak cerita pasal MUET..Hm,,Dikirakan Keempat empat kertas peperiksaan tu..Semuanya aku tak boleh jawab….Apa lagi..Nak nangis lettu..Watlek dulu..Next year masih ada masa untuk memperbaiki segalanya!!!!!!

Cerita pulak Pasal Pengajian Am..Kertas 1..Nak confident dapat 30 ke atas tu idak lah..Tapi..Bawah 30 /60 tu..InsyaAllah..Hee~Final Kali nie…Sah sah aku tak target apa apa..Budak budak kelas aku..Nampak bersemangat…Semuanya bersaing nak dapatkan yang terbaik..Aku…??Hm,,Ontah lah..Den pun tak tahu..Kenapa sendi sendi nie malas sungguh nak membaca buku…Pengajian Am Kertas 2..Hampeh…Sangat sangat lah hampeh..Esei yang markahnya 50 tu..Aku tak usik…Nampak na..Aku tak faham soalan tu…hmmm~

Subjek yang aku Target..Markah tinggi sikit..BM dan Sejarah..Tapi..Dari cara aku jawab soalan tu..Aku rasa aku kecundang di tengah jalan..Sebab aku boleh lupa fakta…Masa nak jawab kertas Sejarah..Then,,Tak banyak idea yang boleh aku tulis dalam test pad 80gsm aku tuh!!Sedih tau!!
BM pulak..Kertas 1..Nak kata senang tu..idak lah..tapi..boleh tahan la..Mencabar soalan tu…30/60 soalan keluar Fonologi…Perghh!!penat kottt mulut aku..Bm Kertas 2 pulak..Kalau Lailatul nih tak merepek dalam penulisan tak sah kan..Hm,,Nantilah..Cikgu bagi balik kertas tu..Nak dengar apa komen dia..haha~

Pengajian Perniagaan..Hm,,Kertas nie..ouch!!Co cweet like teacher..Aumm..ahaha~
Dalam banyak banyak subjek yang aku ambil nih..Hee~Tak banyak pun..Hanya 5 subjek je kot…Subjek PP nih la yang paling aku tak suka..Sebab aku rasa gila nak baca buku tu…Tapi..Bila aku tengok balik..Kalau focus..Aku boleh buat..Yeah!!
“Jika kau fikir kau boleh..Ku yakin Kau boleh melakukan!!!”
Apa yang menariknya PP nie ialah Cikgu yang mengajar..Iaitu cikgu Zariah..Cantik bebenor cikgu I tuu…Tapi,,Rahman kata..Biasa je..!!(tanda soal??Mata dia ada masalah ke??)
Tapi..Peperiksaan pp untuk Final nie..Boleh tahan senang dan susah..huwawa~
Aku tak pernah sungguh sungguh buat sesuatu..Haiyak!!Bahayakan..Hmm~

18/10/2011..Ada Post Motem Trial STPM 2011..Cuak gila kot!!Kalau 2011 Kementerian target PNGK 2.45 dan sekolah target PNGK 2.47..Tahun 2012??Target STPM 2012..PNGK 2.70 eh??Amacam??Ada Bran Calon calon STPM 2012??Haha~
SMK.Seri Pagi…Terbaikkkk!!Penyumbang kepada PNGK Negeri Sembilan..Trial dapat PNGK 2.59..Melepasi Target..Hope..Senior senior tahun nie..Kekalkan pencapaian ini ok!!
Ketua Sektor PPD..Ada bagi nasihat sikit nih kengkawan…
*Otak kita boleh menyimpan data Lebih banyak berbanding 120 PC Komputer..Gunakan Sebaik baik mungkin otak kita..
*Dalam kehidupan kita,Kita haruslah bersederhana..Maka itu,,Sederhana bagi kita ialah 100 peratus..Jangan melebihi atau berkurangan..Oleh itu,,Kita kena target peperiksaan kita dapat 100%!!
*Dalam Diri kita..Kita Mestilah menetapkan Nilai/Akhlak/Adab yang positif sebanyak 80%..Manakala,,Ilmu dan kemahiran sebanyak 20%..Jika kita ada 100% ini..Maka,,Kejayaan pasti milik kita!!

Oklah!!Setakat ini je kot…Nanti Update lagi..
Sekian~
Yang Ikhlas
Leyla~

Kalau itu untuk kebaikan bersama!!


Assalammualaikum..Hari nie nak luahkan rasa yang terbuku dekat hati..
Dear slient reader and Blogger…Saya sungguh sedih hari ini..Hari ini Hari apa??Hari Rabu..
Hm,,ini semua berkaitan dengan Syamsul Shamil..

Dalam bentuk cerita:
Awak,,Saya masih ingat lagi..Bagaimana Kita berkenalan masa tu..Masa tu saya berbual dengan Biela..Saya kata saya nak cari Boy friend..Tetapi hanya sekadar gurauan..Tak sangka pulak Lepas je saya cakap dengan dia tu..Dia tanya dekat Bf dia..Then,,Bf dia pun kata..Kawan baik dia sedang kesedihan..Sebab baru putus cinta la kata kan..Lagi saya tak sangka..dalam seminggu lepas je peristiwa itu..Awak mesej saya..Sah!!nie mesti kerja biela dan Bfnya..Tetapi saya tak pernah layan mesej awak..Mesti awak sedihkan..Dah setahun awak buat macam tu..Saya terima awak sebagai kawan..Ye!!Tak mudah nak dapatkan saya..Sebab hati saya masa tu dah dikuasai oleh seseorang..!

Lama juga..Saya kawan dalam layan tak layan…ye!!Seriusly,,Saya sungguh anti dengan orang Kelantan..Sebab tu saya tak nak layan awak..Tetapi masa telah mengaturkan segalanya..setahun selepas kita kawan..Awak minta couple..Saya tahu..Kiranya dah 2 tahun la awak sukakan saya..Masa malam 11/11/2010 tu..Awak minta couple..Saya tahu..lagi berapa hari je lagi kita nak SPM..Saya tengah tension gila masa tu..Dan jawab ‘Ye’dekat awak….Awak memang Happy gila masa tu kan..??Tetapi..Saya hanya main main je..Ah!!Tak kisah la…

Lama jugak saya nak sukakan awak..Macam macam cara awak buat..Awak sabar je..Kalau tak..Tak akan la awak sanggup tunggu sampai 2 tahun kan??macam macam halangan jugak kita hadapi bersama..Antaranya,,Kawan kawan saya tak sukakan awak..Awak accept je kan..tetapi..Dalam masa 9 bulan..Saya mula jatuh cinta pada awak..!!

Hari demi hari…Kita tetiba je semakin jauh..Awak semakin sibuk dengan urusan harian..Dan saya..Masih menanti dan terus menanti awak dengan harapan..Awak akan datang pada saya..Awak datang jugak akhirnya…Kita mesra sekejap aja..Lepas tu,,Awak mula hilang..Saya sabar je…tetapi Awak..Kesabaran saya ada had…05/10/2011…Saya saja je tanya..Awak Free tak..Sedangkan saya ada niat tersendiri..Sebelum tu..Saya make sure awak sihat…dan jawapan awak..Ye!!Awak sihat!!So,,nanti bila saya bagitahu hal sebenar tak ada la awak kena heart attack pulak kan!!hihi~Saya saja je..Tanya Gf baru awak sihat tak..Saya tahu..Awak setia dengan cinta awak pada saya…tetiba aja awak kata awak rindukan saya..Awak tipukan…??Tapi saya pun sebenarnya rindukan awak…!!

Awak..Maafkan saya..Saya terpaksa kata..Awak tak perlu rindukan saya..pergilah kejar cita cita awak dan lupakan saya…!pedihnya rasa dan hati bila kena cakap perkara yang sebenarkan…!!Awak,,,Saja je kata..awak tak boleh kejar cita cita awak kalau saya, awak lupakan..sebab awak sayang saya..Awak tipu kan??!!Maaf sekali lagi,,,Saya sudah tawar hati dengan awak..Awak..Saya nak terus terang nie…Saya memang tak nak tergantung lagi…!!

Sekarang saya berterus terang ye!!Saya dah ada bf baru..Awak tak perlukan saya kan??Awak bz dengan kehidupan awak..life must go on kan,awak..Awak seriously,,Saya kecewa dengan awak…!!Awak terlalu pentingkan diri sendiri berbanding orang sekeliling awak..Saya tak boleh terima..Saya tahu awak budak cemerlang..dan awak jugak seorang atlet..So,,Awak bz sangat sangat dengan urusan awak…Tetapi bukan kot…1 mesej awak tak boleh nak send…Susah ye??2 bulan awak pergi tanpa khabar berita..!!Awak muncul sekarang pun..Saya dah tak nak teruskan hubungan kita..Sebab saya rasa saya lebih perlukan Bf saya sekarang berbanding awak..Awak umpama mimpi saya..dan Bf saya sekarang adalah reality..Saya perlukan dia,, awak!!Saya sayang dia..Dan awak…Teruskan hidup awak!!

Awak kata saya tipu…Awak kata,Saya tipu saya dah Bf baru…Ye awak!!Maafkan saya!!sedikit pun saya tak nak mempermainkan perasaan awak..Saya tahu awak tak perlukan saya kan??Jujur lah!!

Awak pernah dengar tak??Lelaki bila cinta,,gunung sanggup di daki..Lautan luas sanggup di renangi..tetapi..kekasihnya tinggalkannya sebab tak pernah balik ke rumah..Awak faham maksud ayat tu??Saya baru dapat ayat tu dalam satu buku nih!!Biar cinta sebesar mana pun..tetapi kalau perhatian tak ada..Tak ada guna jugakkan??Awak cakap balik..Awak tahu hati dia macam mana???Mungkin kita tak sependapat…

Apa yang boleh saya katakan…Syamsul Shamil yang sungguh saya sayangi…sampai sini sahaja hubungan kita..Terima kasih sebab sudi habiskan kredit untuk mcg saya selama ini..Sudi jadi bf sy..dan jadi manusia terpenting dalam kehidupan saya..Terima kasih awak..Semoga awak dapat kebahagiaan yang awak cari selama ini..Selamat tinggal sayangku!!

Sekian~  -____-

Honestly:
Leyla~

*Saya dah ada dia!!