My protection!

Berita Harian Online | Manusia tiada sifat malu ibarat hilang maruah diri

SESEORANG akan kelihatan menarik dan terpuji di sudut mata masyarakat bila diri dihiasi dengan sifat terpuji yang mencerminkan kebeningan hati yang tersentuh sinaran ajaib iman. Salah satu sifat yang terbit dari ufuk keimanan ialah sifat malu yang pernah menjadi pakaian peribadi anbia.

Sebab itu dikatakan, malu adalah sebahagian daripada iman. Malu dan iman adalah dua perkara yang memang tidak boleh dipisahkan buat selama-lamanya seperti masin dan garam.
Rasulullah SAW bersabda; “Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula yang satu lagi” (hadis riwayat Muslim)
Daripada maksud hadis itu dapat kita rumuskan orang yang pemalu itu semestinya orang yang beriman dan setiap mukmin itu sudah tentu kaya dengan sifat malunya (kerana Allah SWT)

Kebanyakan orang yang dangkal imannya sanggup membuang sifat malu demi memburu kesenangan dunia yang hanya bersifat sementara, akibatnya mudah tergelincir ke kancah kehinaan dan tanpa harga diri. Apabila sifat malu sudah padam, seseorang tidak nampak lagi mana yang benar dan mana yang salah, tidak lagi menyedari bahawa setiap perbuatan dan tingkah lakunya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Terledak di dalam fikiran mereka yang utama ialah kehendak nafsu akan dipenuhi.

Rasulullah SAW bersabda; “Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah yang engkau kehendaki” (hadis riwayat Bukhari)

Hadis ini bukan bermakna satu galakan agar berbuat apa saja yang disukai, tetapi satu peringatan dan ancaman. Jika tidak memiliki sifat malu, maka berbuatlah sesuka hati kerana sesungguhnya Allah akan memberi balasannya. Seperti yang termaktub dalam sepotong ayat bermaksud; “Berbuatlah sesuka hatimu, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (QS Fussilat: 40)

Pada masa kini kita dapat saksikan betapa banyaknya kepincangan dan kemerosotan perilaku dan sahsiah terutama umat Islam bangsa kita khususnya golongan remaja. Ini satu hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit berpunca dari terhakisnya sifat malu yang seharusnya dipertahankan oleh setiap individu muslim.

Maksiat seperti pergaulan bebas, persetubuhan haram, pembuangan bayi, anak derhaka terhadap orang tua, murid tidak hormat kepada gurunya, gadis yang tidak segan silu mendedahkan aurat di khalayak, pemimpin tidak menunaikan amanah, peniaga tidak jujur dalam urusan jual-beli dan pelbagai lagi.

Keadaan itu membayangkan satu suasana tidak tenteram dan celaru dalam masyarakat yang sangat membimbangkan dan pasti memerlukan pencegahan dan pembanterasan dari semua pihak secara bersungguh-sungguh dan berterusan dari perancangan yang rapi dan bijaksana.

Ibu bapa yang dikira orang paling dekat dengan anak haruslah menanam bibit iman di jiwa mereka dan mendidik pengamalan sifat malu sejak kecil. Agar perbuatan keji, maksiat dan pelbagai perilaku yang menunjukkan kerendahan akhlak seseorang dapat disekat dan melahirkan insan yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak tergelincir kepada kebencian masyarakat dan kemurkaan Allah SWT.

Sesuai dengan penjelasan dalam satu riwayat bahawa Umar berkata, “Barang siapa yang berasa malu maka akan bersembunyi. Barang siapa yang bersembunyi maka akan berhati-hati dan barang siapa yang berhati-hati, maka ia akan terjaga.”

Orang yang tidak malu sebenarnya sudah meletakkan maruahnya ke suatu sudut tanpa maruah. Tiada kebaikan yang diperolehnya melainkan kecelaan. Benar seperti disuarakan oleh seorang penyair; “Apabila engkau tidak takut akibat yang terjadi pada waktu malam, dan tidak malu maka perbuatlah segala apa yang engkau kehendaki. Demi Allah! tiada kebaikan yang bisa diharap dalam kehidupan ini dan tiada pula manfaat bagi dunia ini apabila sifat malu sudah sirna.

Seseorang tetap hidup dalam kebaikan selama dia memiliki rasa malu,”
Hal ini selari dengan pendapat yang dicetuskan oleh Ibn Qayyim jika bukan kerana sifat malu maka tamu tidak akan dihormati, janji tidak ditepati, amanah tidak ditunaikan dan keperluan seseorang tidak akan pernah dipenuhi, serta tidak akan berusaha mencari sifat terpuji untuk diamalkan dan mengenalpasti sifat tercela untuk dijauhi.

Kesimpulannya, malu membuahkan segala kebaikan sebagaimana tergambar dalam sabda Rasulullah SAW; “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (hadis riwayat Muslim)

tahun 2011..


Assalammualaikum,,
Hye,,,
2011??
Tahun Arnabkan??
Ya,,kenapa??
Boringnya tahun ini..Serius!!Tahun ini banyak sangat kebosanan yang harus aku hadapi..Kenapa ek??Sebab kengkawan dah tak ada dekat sisi kottt..kalau tak mesti kecoh,kepoh,gelabah je dengan dowang..Boring sungguh rupanya tak ada kawan ini..
“Wei,,Meh,,sini..duduk dengan aku..Aku boring bhai tahun ini..Boring sungguh,tahu tak??”
Hilang brutal Si Leyla ni..Hilang rockstella dia..Mana taknya kan..Nak menyanyi berserta memekak tak terkecuali terjerit jerit en..Siapa nak teman aku???Dah tak ada dah..huhu
Hilang gelabah dia,,Hilang mulut macam petir dia,,Hilang perangai hodoh dia..
Mana po e eh semua tu??
Boring larrr semua tu tak ada..
Hilang zaman jahiliah!!Zaman kegemilangan..Hilang huhahuha…
Kini..
Cik leyla..Sungguh baik!!
Duduk ontok-ontok..Dah tak boleh nak gedik gedik..
Nak cuci mata pun dah tak boleh..Kalau tak..Pak we orang pun aku nengok..Gasak kau perempuan..Asal??jelous??Nasib arrr…
(kalo cayo..Kau terperdaya..Aku tak pernah buat macam tu,,just tunjuk gangster jerr)..haha
Hilang semua tu..
Setahu aku lah kan..Aku ni suka membaca..Serius!!Tapi buku sekolah hampeh ar an aku nak baca..sebab tu ar aku tak pandai..kah kah kah(ngaku pun)
Apa aku nak buat 10 bulan akan datang nie..Dok melangok jerrr??
Boring bhai!!
Nak lepak..Sory..Aku tengah kekeringan taramat sangat sangat..Dah sanggap..!!Duit tak ada..kering jerrr purse tu..like kemarau!!Sekering Negara China yang tak ada air tu!!
Kan bosan duit dah la tak ada..
Then,,tak boleh nak buat itu ini..
Hampeh tul!!
Tak suka tahu tak??
Nak berubah boleh tak??
Pless..
Nak berubah jadi yang lebih baik..
Eh,,Tiba tiba jerr..Aku dapat idea..Aku nak mencari identity diri.. ok tak??
Hmmmmmmmmmmm…..(sedang memikirkan sesuatu)
Sekian~

Bak kata Cikgu Aishah..Guru kaunselor yang teramat dirindui..Ecehh!!
“Kita akan bosan kalau kita tak buat apa apa..Dan tak minat nak buat sesuatu perkara..sebab tu lah..kita kena gunakan masa dengan sebaik baik mungkin..Jangan sia siakan masa kita untuk benda yang tak penting dan buang masa…..”
You..True teacher..
Ini..Ada lirik lagu maher zain..

Oh!! Impian????

Hye..Entry kali ini pendek jerrrr..Semalam aku berangan..Hampir termimpi putera raja datang bagi cincin..Datang untuk melamar..Eceeehhh!!Berangan kau!!!haha..
Walaupun aku tak minat nak pakai barang kemas tapi bukan kot tak ada langsungkan..
So..
Siapa siapa ada hati dengan aku..Aku minta tolong ni..Tolong sampaikan hajat aku..Belikan cincin??
Puih Liss..???
Aku nak sangat sangat!!Nanti aku akan setia dengan kau!!haha
Cincin untuk kahwin of coz habib jewel k!!kalo tak..Tak nak kawen dengan ko!!!
Poyo jerr..Bagi cincin terus nak setia sampai mati..Itu ayat pujuk rayu jerr(cayo jerr la kata aku tu)..
cincin nie..Aku nak sekarang boleh??Aku nak ada tulisan kat dalam cincin tu!!
Ok!!serius nie..Nak sangat sangat!!tolong sampaikan hajat tuan puteri nie ya..!!
Ucapan Terima kasih dihulurkan..!!
Entry yang paling merepek!! 

huhu...*______*


Tolonglah pergi air mata..Tolonglah pergi kesedihan,kesepian,kesunyian..Tolonglah pergi rindu..Pergilah jauh jauh..Tolong..!!Aku minta tolong sangat sangat!!!

Aku rindu kau..kau..kau…dan kau..SUMPAH aku tak tipu!Aku rindu kenangan kita..Tolonglah datang balik Memori tu…Tolonglah..Ia sungguh bermakna untuk aku..Tapi,,Aku tak tahulah sejauh mana semua ini untuk korang..korang..korang semua..Aku rindu sangat sangat!!

Firstly,,Tadi..entah kenapa tangan aku nie gatal sangat bukak laci keramat aku tu..Laci yang banyak sangat Memori di dalam tu..Aku jumpa..Aku jumpa balik apa yang aku simpan selama 5 tahun ni..Antarannya Majalah..diary..kertas kertas..kad yang korang korang bagi..hadiah..Macam macam lagi lahhhh!!!

Majalah!!Majalah permata…Kenangan dekat sekolah..Rindunya dekat cikgu cikgu dekat sekolah tu..Cikgu Rosli,,cikgu Puat,,Cikgu dan cikgu..Cikgu yang banyak mendidik diri ini..Jadi kaum hawa yang baik..Jangan nakal nakal..Dekat cikgu Rosli..Rindu nak tolong cikgu uruskan atlet sekolah..Uruskan sukan..Uruskan majlis..Urus itu ini..semua lahh..Rindu sangat sangat tahu tak cikgu..??Cikgu Puat pulak..Rindu dengan lawak cikgu..Lawak kadang kadang over..Tapi sungguh mengelikan hati..Tak kurang jugak cikgu umpama cikgu sejarah..Sedangkan cikgu ajar science!!Banyak yang kita kongsi..Cikgu..Boleh tak kita undurkan masa??Boleh tak cikgu???Tak kurang  jugak dekat semua cikgu cikgu yang pernah memberi jasanya..untuk anak didiknya ini..Yang nakal..Wat wat bodoh jer bila kena tegur..!!Cikgu..Saya rindu semua tu!!Tolonglah faham!!
Sekolah..Buku permata banyak cerita tentang kau…Aku tak sabar nak tunggu buku permata yang baru..Serius..!!Aku memang tak sabar!!Majalah Sekolah tu..Ada gambar..Gambar yang dah ada dekat hati..Yang dah di gam terlekat di akal fikiran..Maaf!!Hari ini..Mood aku rasa nak pergi balik ke sekolah..Pakai baju sekolah..Sampai kepam!!Sampai baju sekolah dah tak jadi baju sekolah!!Beg sekolah,kasut  sekolah yang dah rabak tu,,pensel box aku yang penuh dengan pen tapi aku Cuma pakai 2 batang pen jerrr,,buku sekolah..Buku teks yang amat seksa bawak ke hulu ke hilir..Mana kau!!??Aku nak pergi sekolah ni..Aku teringin nak buat macam tu balik!!Tolonglah faham!!
Diary..Tah apa apa aku tulis dalam badan kau..semuanya pasal kenangan!!kenangan pahit..kenangan manis..semua ada dekat dalam badan kau..paling banyak cerita pasal Azmi Naquib..Sebab aku cinta sangat dekat dia..Hisy,,Rindunya dekat kau..SUMPAH!Aku tak tipu..Aku rindu kau..Tapi kan..Aku kan dah janji dengan diri aku..Aku nak lupakan kau…Maknanya..Kau dan aku haruslah ada benteng supaya mudah untuk aku melupakan diri kau yang sungguh bererti untuk aku ketika dulu..Sekarang..Aku happy dengan Syamsul Shamil..Walaupun aku tak kenal dia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..Tak apa..Perlahan lahan aku akan kenal dengan dia jugak…Buat apa aku nak sakitkan hati aku..Betul tak???
Kertas kertas..Semuanya bermakna untuk aku..Walaupun aku tahu..kalau koyak tak ada makna buat orang yang tak pandai hargai!!kenangan semua tu..semua dah terselit..Dah di lipat dengan sungguh kemas..
Kad..Kad…kad..Siapa rajin bagi aku kad nie??Ok!Kad..1 je..untuk bufday aku..Itupun  dapat dari Aina syafiqah..Terima kasih sangat dekat kau ya..Aku harap tahun nie..Aku dapat lagi..Harap harap adalah yang sudi…Ok!kad lain..semuanya kad raya..Kad raya paling lama aku simpan iaitu daripada Syakirin.. “Syakirin..Kau ingat tak?Kau pernah bagi aku kad raya..benda tu dah tersedia tertulis..Macam ni!!
Kuharapkan ketulusan persahabatan
 diantara kau dan aku akan berkekalan hendaknya..

Biarpun mungkin pada suatu masa nanti
 ada diantara kita yang akan berjauhan jaraknya..

Kerana nilai sebuah persahabatan tidak pernah
dibataskan oleh jarak dan waktu..

 Itulah yang aku rasa sekarang ini..Semuanya makin jauh dengan aku weyy..Korang..korang..korang semua makin jauh dengan aku..Aina syafiqah..Thankz ye..Untuk segala galanya..wei..sejak dah tak sekolah ni..solat aku tunggang langgang..Aina..Siapa nak tegur aku??Kalau dulu..Kau selalu tegur aku..Seolah olah kau lah ustazah yang ada ph.D tegur aku dengan ceramah yang berjela jela..Sampai aku tak sanggup nak dengar!!
Gila betul!!kalau aku jumpa kau nanti..Aku peluk peluk kau weyy..Kau nak peluk aku balik tak??kitakan kembar??Bukan kot kau tak nak peluk aku balik??Aku tak kira aku peluk kau jugak kalau kau tak nak!!!dan Kad kad lain lah..Semua ada lagi..tangan aku tak mampu nak buang semua tu!!
Hadiah!!Farhana..Aku Masih simpan Pensel box Detektive conan tu..Kau memang memahami aku..Kau memang tahu tu katun yang aku minat..Minat teramat sangat…Nadrah..Aku masih simpan lagi cenderamata yang kau bawak dari Sarawak tu..Hadiah dari Siapa siapa lagi..Akupun tak ingat siapa bagi aku..heee~
Conan...Cenderamata!!
Yang pasti sekarang ini!!

AKU RINDDDDDDDDDUUUUUUUUUUUUUU SETENGAH MATI DEKAT KORAAAAAAAAAANG!!!!!!

Tu je lah cerita aku hari ini…Kalau aku cerita lebih lebih karang..Bengkak mata aku..Lenguh jari jari aku..ok..ok..setakat tu je…^____^..papai~

Happy Valentine day!!

Assalammualaikum!
Ok!Hari nie..Aku rasa malas nak fikir fikir..Malas nak kerah dan perah otak untuk berfikir..Tapi..Cuma copy And paste je untuk entry kali nie..
Ini dari sebuah blog..
So,,Mai renung renungkan k!!
Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." (Surah Al-An'am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine.

Berbagai tempat hiburan bermula dari (disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan (pengaruh) media massa seperti surat khabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut (dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut "Supercalis" yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata "Galentine" yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya". (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata "tahu" bererti mampu (mengetahui) dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.
1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
2. SUMBER ASASI

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".
3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam.

Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri".
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.

Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya". (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : "...walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
"...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim".
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman".
Ada yang pendapat "VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
Macam aku punya sorang...

under control..president Mesir Baru!!

Family i k!!

semangatnyerrrr~

kalau boleh niy semua aku punya...

penuh selera...jom makan!!

berlumba lumba..like ikan lumba...

erkkk..kenyang!!

selepas makan!!tembamnyer!!

Tajuk utama berita hari ni...

Atas kejatuhan Hosni Mubarak…Rakyat mula bersorak kegembiraan dan berpesta..Seolah-olah perang yang diadakan selama hampir 3 minggu  itu tidak wujud sama sekali…(Mulerrr dahhh..Berita utamanyerrrrrrrrr):) hehe


Haha..Siapakah dia….????heeeeeee~
Aku termimpi semalam..LAILATUL BADRIAH BT.MOHAMAD bakal dilantik menjadi president yang baru..eceehhh!!Perasan kau.. “_____”..Haha…
Oleh yang demikian,,Untuk merayakan pertabalan aku tu..Semalam bersamaan 12/02/2011 aku pun mengajak larrrr family aku pergi makan Nasi arab dekat Damsyik..Sempat aku pergi Mesir semalam…haha…Apa lagi en..Bertalam-talam larr orang belanja aku makan semperna nak merayakan pertabalan aku..Cetttt~(penipu besar)Cayoooo je la cerita aku niy…Bagi aku Senang
hati sikit en:)haha
 Malaysia punya PM akan berterusan  Lelaki..tapi en..Agak agaknya mesti berpecah belah Negara tu kalau aku pimpin…Sedar la sikit..kau tu perempuan!!! Ikut Islam..Lelaki wajib jadi ketua..
PERSOALAN!!???
“Hah!!nie yang aku malas nie..Kalau asyik asyik kaum adam aje bila la kaum hawa nie mau maju??????”
Biarkan dia..Tanpa jawapan!!
Tapi..
Aku ada lerrrrrr gambarnyeeeee pergi makan Nasi Arab tu…
Pasal makan tak boleh tipu..Wajib kasi tahu..haha
Heh!!
Tak derrrr laa….Tu bukan story yang mau di ceritakan!!!!
Tapi…
Jeng..jeng..jeng…
Mengenai..Velentine!!!
Hehe..
Esok aku sambung!!tu pun kalau aku rajin larrrrr…papai~

6sixth sense...


Hey..Hey..Hey..Lailatul Badriah Belog hari nie mau story sikit..Apa cik Laila nie suka?
Nie bukan Pasal Boyfriend..makanan kesukaan ataupun benda yang bukan-bukan k!!
Tapikan..
Nie pasal kesukaan dekat sebuah kumpulan nie..

Dalam cuaca yang agak sejuk dengan hujan dan petir berdentum-dentum dekat luar tu ha..Aku mau lerr..kongsi kongsi dekat blog aku nie pasal penyanyi..Artis berkumpulan..Ulang balik..*Artis berkumpulan..Artis kumpulan yang aku suka..yang aku maksudkan ialah Sixth sense..
Korang mesti tahukan kumpulan sixth sense nie??
Siapa tak kenal baik terjun lombong je weyyyy :) haha..

Kumpulan nie tiada tandingan dengan kumpulan kumpulan yang lain tu..hah!betul ke ayat aku nie??Hm,,Diaorang semua kalah dengan sixth sense nie sebab kelunakkan suara si Adi Priyo..Then,,Ketajaman rambut wan..Yang pacak tu..Kalau jatuh cicak mati agaknyerrrrrr...!
Ayoy yang kelakar tu..haha -___-
Macam aku kenal aje dengan Ayoy nie en..(poyo aje)..
Gjie dengan Airbone pun tak kurang hebatnya untuk kumpulan nie..

Dulu..Aku tak suka dengan kumpulan nie..Sebab lagu first dia..yang ala ala gedix tu..Yang Hari ini dan semalam..(macam tu kot tajuk dia en)..
Tapi bila jerr Tak bisa memilihmu tu berkumandang dekat radio..Aku mula jatuh cinta..
Serius..Jatuh cinta..!!

Antara lagu lagu diaorang yang best best dekat hawa telinga aku nie;;; 
Tak bisa memilihmu..
Tanpa..
Maafkanku..
Khatimah cinta..
Cinta sempurna..
Sepi..
Menyesal..
Long distance..
Dan lain lain..Kalau senaraikan memang berjela-jela lah story aku hari nie..Di sebabkan aku teramat malas nak cerita lebih lebih so..Entry kali nie pendek aje la..

Sebelum terlupa..pandai Ain Maisarah..Cipta Reka cerita pasal sixth sense nie..Sampai aku pun beria-ria dan layu jerr nak beli novel yang agak nipis tapi mahal tu..harga dia RM18.90 tak silap aku..Tapi..aku tak kisah..Kata minat kotttt…Tapi..siut jerrr..Aku beli buku nie tahun 2008 dulu..tapi aku baca lepas SPM…Memang gud betul!!Siapa tak beli..memang rugi..Haha
Promote secara sukarela pulak aku nie en.. :) haha

Ok!Seterusnya..Lagu tanpa tu..Pernah menjadi lagu Fav aku dulu..Sebab apa..Sebab Bf lama aku dulu minat lagu tu..haha
Wah!!ramainya Bf ko weyy..haha
Huhu..stoly lama...
Bila dia tak ada..mesti sunyi gila..lagi lagi waktu tu dia kena duduk hospital sebab dia ada konflikasi buah pingang..Hisy,,rindu pulak dekat dia..si empunya diri..Mohd SyahRizal..Huhu..harap harap dia happy larr..Bahagia dengan couple yang baru…dan..bla..bla..bla..
Huh!cukup setakat nie jer..
Sekian,,
Terima kasih!!+__________+