My protection!

produk baru untuk anda semua...

Harga:RM52..
Berminat:Hubungi saya  0173020135...Lailatul Badriah Binti Mohamad..
Jangan lepaskan peluang didepan mata...
sesiapa yang kena sembelit tu sesuai lah sangat produk ini untuk anda...!!

Apabila Cik Leyla berfikir...

Salam..Hari nie aku nak cerita sikit pasal keputusan SPM aku..Firstly,,Aku amat bersyukur sebab aku tak duga langsung yang aku boleh dapat 4A..Walaupun Cuma A-..Tak apa..A jugak kan..haha
Alhamdulillah..Aku boleh tidur dengan lena..Aku boleh tenang seketika..Tak perlu khuatir atau gusar ataupun gelisah..Aku rasa amat tenang!Terima Kasih Ya Allah..Terima Kasih…Aku Bersyukur..!!

Tapi..Masih ada satu lagi masalah..Course apa yang harus aku ambil??Aku nak sangat ambil course undang-undang!!Aku nak jadi peguam..Tapi..Apakan daya..Bi aku hanya dapat D..Lulus atas jerrrr..Sedihkan..Impian yang kita impikan bakal musnah!!!Hancur berderai seperti kaca terhempas di bumi…gila betul!!!Aku redha..Mungkin ada hikmahnya..!!

Tak apa..Masih ada satu cara..Masih ada peluang..Tapi..Masihkah..Peluang itu masih ada untuk aku??Masih layakkah aku??Tingkatan 6 dan STPM..Aku nak sangat menjadi peguam..Berangan nak masuk UIAM..Tak apa..Aku masih redha..Dan bersyukur..

Baiklah!!lantak lah hai..Aku masih punya harapan..Aku masih ada ruang dan peluang untuk mengisi borang IPTA..Aku dah buat pilihan..
Pilihan aku:
PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN IPTA MENGIKUT KEUTAMAAN
PILIHAN 1 *
:
UTeM - C2801 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PILIHAN 2 *
:
UM - M0700 ASASI PENDIDIKAN ISLAM
PILIHAN 3 *
:
UPSI - A2520 DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK # (OPEN MARKET)
PILIHAN 4 *
:
UniSZA - D2802 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA )
PILIHAN 5
:
UiTM - E2123 DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (TEATER)
PILIHAN 6
:
UniSZA - D2707 DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SEJARAH & TAMADUN ISLAM)
PILIHAN 7
:
UTM - T2270 DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI
PILIHAN 8
:
UniSZA - D2801 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
















Cuba kira..berapa banyaknya Teknologi..haha
Aku minat jugak bidang teknologi..Aku masih minat bidang yang berasaskan pendidikan Islam..Hopefully,,Aku dapat tawaran dari UM atau mana mana Universiti dekat atas tu..Amin!!Benda nie aku fikir dah sebulan..Dan ini adalah keputusan bulat aku..keputusan muktamad..Nokhtah.

Bidang TEVT dan ILKA..Aku pun dah isi…
Pilihan aku:
PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN TEVT / ILKA MENGIKUT KEUTAMAAN
a)
PILIHAN 1 *
:
POLITEKNIK - DIPLOMA SENI DIGITAL

PUSAT KURSUS *
:
POLITEKNIK
b)
PILIHAN 2 *
:
POLITEKNIK - DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

PUSAT KURSUS *
:
POLITEKNIK
c)
PILIHAN 3 *
:
POLITEKNIK - DIPLOMA REKA BENTUK GRAFIK

PUSAT KURSUS *
:
POLITEKNIK
d)
PILIHAN 4
:
POLITEKNIK - DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN

PUSAT KURSUS
:
POLITEKNIK
e)
PILIHAN 5
:
ILP - SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM) (SKM TAHAP 2 & 3)

PUSAT KURSUS
:
ILP IPOH


Selain itu..Aku pun dah isi..Borang maktab perguruan....
Pilihan aku:
a)Kaunseling
b)Pend.Islam..
Pend.Islam tu..Ustazah gitu..Wow!!Aku nak berubah…Better than Now..Nak pakai baju yang betul betul tutup aurat..haha
Yang kaunseling tu..Aku nak bagi motivasi dekat orang disamping menguatkan motivasi diri..Aku tertarik dengan bidang motivasi nie selepas tengok cikgu Aishah..Cikgu Noraini..Cikgu Norwaliza.Tak lupa jugak..Cikgu Khairul Azhar..Mereka mereka nie adalah mentor aku…Wah..harap harap aku lulus temuduga..Amin!!

Tak lupa jugak..SPA..pun aku dah isi..Aku nak jadi jururawat..
Pilihan aku:
a)LATIHAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
 b)LATIHAN JURURAWAT
 c)LATIHAN JURURAWAT PERGIGIAN
 d)LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT
 e)LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Tu jerr..Hopefully..Aku dapat salah satunya..Aku dah buat keputusan..Ini lah keputusan Aku..
‘Ya Allah..Permudahkanlah Perjalanan dan Urusan hidupku..Amin!!’

(Ini untuk AZMI NAQUIB..Taniah dapat result SPM yang cemerlang..10A+..
Dari UPSR..Terus ke PMR menuju Ke SPM..anda dapat Straight A..
Yang bulat tu dier..Taniah!!
Untung la..Awak sekolah SBP en..Sekolah menengah sains Alam Shah!!memang layak lah dapat macam tu..Teruskan usaha anda k..pergi la capai cita cita awak tu..Pergi lah ambil medic...Tu memang cita cita awak kan..Dari Form 1 Awak cerita nak jadi doktor..Cayok2!!Insyaallah..Awak dapat..Amin!!Saya doakan..)

nie ha..result aku...

Salam..ambik nie..nak tahu sangat kan..result yang aku tak sangka...tapi amat aku bersyukur...Amin!!

Opss!!Ini rahsia tau...

Salam..
Hari ini nak kongsi sedikit pasal satu rahsia..hehe:)..
“Tentang Gadis” edisi Cik Laila..
Ini Al-kisah “Aduhhhhhhh!!!!sakitnya senggugut…”
Dan
PMS..
Senggugut biasanya dialami oleh kaum wanita sebelum,semasa atau selepas datang bulan(period)..
Kebiasaannya hari pertama datang bulan..senggugut akan menyerang kaum wanita..
Beberapa hari sebelum period bukanlah hari terbaik untuk kaum wanita..Premenstrual Syndrome atau PMS(perubahan perangai,kelakuan,emosi,fikizal dan mental) merupakan masalah biasa yang melanda wanita sihat yang didatangi haid..Jadi..Bagaimana untuk tahu sama ada ia PMS atau tidak??Ha..Jom ikut kita ke perenggan seterusnya…

Kaum lelaki Please take note for your Girl friend…supaya anda akan lebih kenal Gf anda..Ada kawan kawan aku sendiri(yang lelaki)tanya..Kenapa makwe dia cepat naik angin,,tak ada mood atau bla..bla..bla..
dan sometimes..
Kaum lelaki nie akan terasa..Mungkin sebegini..
+“Eh,,aku ada buat salah ke??”..
+“Eh..Aku gurau sikit pun tak boleh”..
+“Eh,,kenapa dia nie??Aku ada buat salah ke sampai dia tak ada mood nak layan aku”
Telahan ada mungkin ada tepatnya dan juga mungkin terpesong..Setiap bulan perangai wanita akan berubah ubah..Kejap kejap garang,,Kejap kejap sejuk,,Kejap kejap marah lepas marah dia senyum balik..itu semua normal…
Ok..jom check list..adakah si gadis ini sedang mengalami PMS…
Kira kira 5 hari sebelum period..
*wanita mungkin mudah naik angin berbanding biasa dan perkara kecil pun boleh buat mereka menangis..
*Wanita lebih suka menyendiri dan mungkin ponteng kerja atau tidak mahu keluar bersama rakan..
*Wanita merasakan gemuk,hodoh,dan buncit..
*Payudara akan terasa sakit dan bengkak..
*wanita akan terasa kurang tenaga..
*wanita akan perasan corak tidurnya berubah..
*Wanita mungkin teringin nak makan sesuatu yang manis dan naik berat badan sebab makan berlebihan..
*wanita akan cepat rasa resah..

Apa yang menyebabkan PMS?
^Ketidakseimbangan hormon.Estrogen membuatkan tubuh kamu menyerap lebih cecair,Jadi kamu rasa kembung dan lebih berat sebelum period.
^Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak.Tahap rendah bahan kimia yang dipanggil serotonin boleh menyebabkan wanita yang PMS itu moody dan cepat naik angin.
^Kekurangan Vitamin.Vitamin A dan B yang terdapat dalam sayuran hijau,kuning,dan berdaun membantu mengekalkan keseimbangan bahan kimia dalam otak kamu.
^Stres.Tidak cukup tidur dan gangguan emosi juga boleh menyebabkan PMS..

Sudah tahukan serba sedikit tentang PMS…
Ok!!Kali nie kita ke “Aduhhhhh!!sakitnya senggugut”..
Adakah kamu juga mengalaminya?

Kamu mungkin mengalami kesakitan ketika haid.Senggugut ialah apa yang dipanggil doktor sebagai dismenorea.Ia merupakan istilah perubatan yang merujuk pada kesakitan yang kamu alami ketika awal period.Ia mungkin lebih teruk pada 2 hari pertama dan mungkin juga tidak hadir pada setiap kali kamu period.Ada juga gadis yang mengalami senggugut yang teruk,tapi ada juga bernasib baik dengan mengalami sakit yang sedikit.

Kesakitan dismenorea disebabkan oleh pengecutan atau pergerakan kuat otot uterus..Wanita dengan dismenorea melampau mungkin menghasilkan lebih prostaglandin dalam uterus mereka.
Prostaglandin-->otot uterus bergerak lebih kuat dan lebih kerap mengurangkan aliran darah di kawasan tersebut-->saraf lebih sensetif terhadap kesakitan!

Simptom- simptom dismenorea:
=sakit yang rasa macam bahagian bawah perut kena “pulas” atau “Berputar”
=sakit kepala yang melampau
=sakit pada bahagian belakang dan kaki
=cirit birit
=pengsan

Sakit sangat sampai tak boleh tahan?
~jika terlalu sakit,jangan tunggu sampai ia menjadi lebih teruk.Ambil sedikit pil tahan sakit.
~pastikan kamu beritahu doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
~Tuamkan kawasan yang sakit seperti belakang dan kaki.
~Baring dan berehatlah.Sekiranya kamu sakit kepala,tutup lampu dan elakkan bunyi bising.

Tahukah kamu yang faktor keturunan juga boleh menentukan sama ada kamu akan mengalami senggugut atau tidak?

Ok!!itu saja untuk kali nie..Nanti aku kongsi lagi ye..
Terima kasih kepada kotex yang sudi memberi buku panduan “Tentang Gadis” dekat kita..
Like kotex..
Ianya lebih selesa dan sempurna apabila menggunakannya..
kalau nak mengetahui lebih lanjut sila layari www.kotex.com.my
Sekarang saya sudah pandai origami…Terima kasih kotex!!

pelajar memandu di hadapan..

Salam…Hari nie aku nak story sikit pasal pergi belajar kereta dan motor…Tak ada cerita best pun..Cuma tang motor tu aku kureng puas hati..Mana taknya..Titi aku tak berjaya naik dengan cemerlang hari nie..Hanya beberapa kali jerr aku boleh naik dan banyak kalinya aku jatuh..Huh!!Berat sungguh aku nie..Kecewa ):P
Uncle Cina yang tegur aku hari tu tanya..

Uncle Cina:“Adeq,,naik titi berapa saat?”
Aku: “Errr..(Dalam hati..Alamak nak jawab berapa nie???)Tak ingat la uncle..3 saat kut…”
Uncle Cina: “Dulu,,you masuk Pra L dia cakap berapa saat??
Aku: “Tah!!!”
Uncle Cina:7 saat…You laju fail nanti..Laju Fail,Jatuh fail,Tak cukup masa pun fail..!!
Aku: “Oooooo…Berlalu tanpa rasa simpati..heheh!!

Hari nie ada QTI..Aku pun tengok je la Brader Brader tu Buat..Mana tahu boleh jadi teladan dan sempadan pulakkan…Dekat Titi ada 3 orang fail..Sabar je lah akak tu..Dari riak wajah macam nak menangis…Kesian kau kak!!Nanti cuba lagi lepas dorang dorang nie test k..
Sampai dekat Brek kecemasan..Sorang sis nie Tak lepas..Sebab kaki kanan jatuh..Huh!!Banyak pulak pantang larang..Sakit hati betul!!
Aku tengok Si Nazrul(Yot) test..Alhamdulillah lepas!!Tapi aku benggang plak..Ada jer mamat dua ekor tu..Aku pun tak tahu nama dia..Tapi dia selalu lepak dekat padang depan rumah aku..Menyebuk betul..Kalau pergi giant mesti jumpa dia..Dia mengekor ke hapa??Asyik asyik ada jerr batang hidung dia..huhu
Selesai Belajar motor selama 2 jam..Hitam kulit aku di bakar sinaran matahari..cewahh!!

Kereta pulak…Aku rasa..Best sangat sebab aku boleh bawak sampai ke jalan raya..Jalan 1 dan jalan 3..Setahu aku..Jalan 1 Aku kurang ingat..Jalan 3 ok lah..Cuma bahaya sikit..sebab ada round the board..Dekat jalan 1..Aku tertekan minyak dekat selekoh..Huh!!Mujur tak apa apa..Aku dapat control balik..Kalau tak?Innalillah lah jawabnya..Dekat jalan 3..Nak pergi ok jerrr..tapi nak balik..Boleh pulak..Mati enjin dekat kotak kuning lampu isyarat..Mujur kereta dekat belakang ada dua jer..Cepat cepat aku start enjin terus aku jalan balik..
Memang cuak ar..Aku siap tekan lampu kecemasan lagi..Kuang..Kuang..kuang!!
Penat gila..Asyik asyik main gear..Aku rasa nak buat drift jerr tadi..haha
Pah tu..AKu boleh pulak teraba raba mana gear nie…!!Cikgu pesan..JPJ ramai muda muda..Jangan teraba raba cari gear..nanti diaorang suka..ish!!Seronok ar..Mana tahu lulus pulak..haha
Ilmu Yang aku dapat hari nie..

Gear 1:Untuk mulakan perjalanan..
Gear 2:Untuk masuk simpang..
Gear 3:Guna apabila dah lama pakai gear 2..
Gear 4:untuk jalan lurus..

Belajar naik bukit,parking dan tiga penjuru..
Naik bukit..Aku boleh buat..Cuma nak turun cuak sikit..haha .,.:p
Parking..Boleh ke??Tah la..Aku tak sure aku ok dekat parking..Yang kelakar tu..Hari nie.. 2 Tiang tu jatuh..Haha..Hari tu jatuh satu jer dekat 3 penjuru..Hari nie dekat Parking..ish3!!
Bengong betul..
3 penjuru..Not bad lah..Cuma cikgu pesan jangan brek nak keluar kotak..Ada faham anak murid??
Hm,,Cikgu kata..Jangan khayal bawak kereta..Huh!!Perasaan aku tak tenteram..mana taknya..dah seminggu aku dilemma sebab Syamsul Shamil..Aku memang tak boleh lepas kan dia laaaa…huhu
Ok ok..lepas belajar tu..Tunggu cikgu..Aku borak dengan sis Hidayah..member baru..Ada lagi sorang tu nama dia Yang..Yang apa tah belakang dia..Semestinya dia nie melayu….Disebabkan Si Hidayah nie nak kerja lepas tu..Hantar dia dekat ampangan..Then,,Hantar Yang balik..Tinggal Aku dengan cikgu..Hm,,Gila gempak..cikgu tanya boleh balik lambat tak..aku kata boleh jerrr..Dia bawak aku pergi makan MCD..Memang syok habis dapat cikgu macam tu.,..haha
Now,,I’m so tired..
Aku dah baik balik dengan Syamsul Shamil..Happy wei..haha

p/s:Syakirin…Aku tak kesah kalau Amir Syahmi..Dulu ye la..Aku tergila gila dekat dia..Sejak Aku jumpa Azmi Naquib semasa Form 1 Rasa gila gila aku dekat Amir tu dah lama hilang..Then,,Aku tergila gila plak dekat Azmi Naquib sampai Form 5..Bukan kot kau tak tahu cerita..Berbuih buih mulut aku story macam kena sawan babi..Kau nie syakirin..!!!Nie aku mau tumbuk nie….!!!Tapi tu semuanya cerita lama..Tak payah dikenangkan lagi……
End~


Nie Azmi Naquib...
Nie Amir Syahmi...Mana satu handsome..huwawa!!

Edisi "Oh!Lelaki"By cik leyla...


Salam..Hari ini aku nak story sikit pasal..edisi “Oh!Lelaki” by cik Laila..Bukan nak menjatuhkan martabat sang arjuna..Tapi,,Nak bagitahu jer betapa aku geramnya dengan lelaki lelaki yang jenis dot..dot..dot..
Opss!!Nanti la dulu..Jangan ar cerita lebih lebih..Kita mukadimah dulu boleh kan??haha
Aku pergi mana mana je..Mesti jumpa lelaki lelaki sebegini..

Ok Ok..Tanpa buang masa aku cerita satu persatu “Oh!Lelaki”Dari hujung rambut hingga hujung kaki…heeeee~Sebelum tu..Bagi kaum adam..Korang diam lah…Aku nak story jer…cool sikit k!!

Firstly,,RAMBUT..Bagi aku en..Aku suka betul kalau lelaki rambut pacak…Kalau boleh pacak macam Zaquan Adha..Bagi aku..Pacak macam dia boleh diketogorikan sebagai smart..Tak caya..Cuba buat ye sang lelaki…Tetapi..Ha,,,Muka dah la kurang lawa pah tu rambut selepet je..Adoyai!!bencinya aku tengok..Walaupun korang akan kata.. “Ada aku kesah”..Korang kena gak kesah…Dah la selepet je…Banyak kelimomo..Gila kau ye..Agak agak ada kutu bersepah sepah..eee~Pengotornya lelaki jenis macam nie…Wek!!Muntah di buatnya!!!Aku faham..Lelaki ada style tersendiri…Tapi jangan lah sampai kebersihan tak dipelihara..hish3~~Ha,,Nak tahu tak??Aku paling suka kalau rambut lelaki tu boleh nampakkan muka dia menjadi bentuk love..Tak semua lelaki akan dapat potongan rambut seakan akan bentuk love…

Kedua..BILIK TIDUR!!!Mak ai..Nie kandang kucing ke bilik nie,,bang??!!!Bapak ar…Aku paling tak suka masuk bilik lelaki terutamanya bilik abang abang aku..Kalau diaorang tidur aku nak kejut kan aku jerit jer…Aku ketuk pintu tu macam nak pecah..Kalau tak bangun jugak..lantak kau lah..aku tak akan masuk bilik kau ye,, bang!!!Kadang kadang tu kan..Lelaki boleh pulak tidur dalam suasana macam tu..dengan bau hapak dia..Perghh!!Aku rasa nak sembur febrezzz jerr..Kasi wangi..Lagi lagi lelaki yang merokok dalam bilik..Macam bonggok bau dia…busuk!!!rasa macam nak kena buat CPR!!(Nafas dekat Mulut)..Dengan baju sepah sepah..Entah yang mana dah basuh entah mana yang belum basuh..Berlonggok satu tempat..EEE~Pengotor!!!sampai sependar pun dah berlubang lubang ada lagi dekat bawah katil..Teruknya kau!!!Tak di nafikan..perempuan pun ada perangai macam nie…susah hidup macam tu..Diri sendiri tak terurus nak uruskan orang lain..Podah!!macam mana nak kahwin nie????

Ketiga!!ROKOK..Perghh!!Aku nie anti rokok..Memang aku rasa nak pengsan jer kalau bau rokok..Lagi lagi pergi kedai makan…sana sini asap rokok tu melayang layang serta membawa banyak penyakit kepada penghidunya…Memang tak punya perasaan betul kalau rokok dekat tempat awam..Celakak bagi orang sebegini..Ingat tempat dia sorang gaknya..Tapi,,,taniah kepada lelaki yang tak merokok!!Clap you hand sendiri…heeeee~

Ketiga!! BAJU..Bagi aku..Lelaki yang suka pakai baju kemeja lagi menarik,,tertarik..Kau memang d’bommm!!Tapi,,Jangan ar beli dekat bundle..Paling aku menyampah lelaki beli dekat bundle..Tah orang yang pernah pakai baju tu ada kurap ke panau ke..Kau pun main besalah je..eeee~Geli aku hai!!!Tapi,,,Kalau T-shirt..Mesti ada kolar..Baru la handsome wok!!!kalau kau pakai baju T-Shirt tak berkolar pergi mandi laut boleh lah…Nie nak kua jalan jalan pakai macam tu…Tak sukanya aku…Tapi,,,Ada gak yang pakai T-Shirt yang tak berkolar nie handsome…Itu tak di nafikan!!!Kalau nak beli..pergilah cari ada jenama sikit..contohnya,,Hazard,,Durban,,Orlando..Bukan mahal mana pun..Satu baju RM 70..murahkan…Paling cikai pun..cheetah ada,,Wing ada,,Blue tom ada..Uish!!Macam macam..Tapi di nasihatkan jangan beli baju jenama playboy..Setia sikit yep!!

Keempat!!CAP!!Tak ramai lelaki yang pakai cap sesuai..Bagi aku..Bagi lelaki yang badan besar..Cap tu mesti ke depan..Tapi,,Bagi lelaki yang kurus serta handsome..cap tu sesuai ke belakang..Memang aku suka..Rasa nak gigit jerr lelaki macam nie..haha
Opss!!Sebetulnya…Lelaki yang jaga rambut tak akan pakai cap!!Ego tinggi kau ye,,bang!!!

Kelima!!KASUT..Beli la..Nike ke..Adidas ke..puma ke..opss!!Maaf ye..aku tak suka converse..Tak cantik…Tapi sapa sapa yang beli,,beli lah yang ori..
Kalau seliper..Crocodile tu kelakar lah..kasut tu bagi orang badan besar je pakai..Kalau lelaki cikai sangat..Beli jer la selipar Tiket tu..Baru RM10..Banyak gak yang cantik cantik..
Kasut..Beli mahal mahal pun ada dekat bawah kaki jugak!!!

Keenam!!SELUAR..Paling pantang tengok lelaki pakai seluar lusuh lusuh ..seolah olah seluar tu dah pakai selama 10 tahun..Then,,Nampak lurah..Nampak bozer yang dah koyak tu..saja jer nak tayang warna sependar..bonggok!!!bukan Faveret aku lah tengok lelaki pakai seluar macam tu..Nak pakai seluar jeans..Dekat pasar malam murah murah..Tu pun kalau tak mampu beli dekat ori shop dia misalnya Edwin dekat seremban tu..levis,,Lee dan lain lain…Tak suka kalau lelaki pakai seluar pendek..Lagi lagi dia nie jenis kaki motor..Bang oi..tercalar kaki kau dah tak cantik dah..Better si kaki motor nie pakai seluar jeans..Safety sikit!!pakai seluar pendek..Kalau kaki tak berbulu bulu ok gak ..nie..ish3!!!

Ketujuh!!GAYA..Don’t be a poyo men..Pantang aku hai…!!Cool sikit…

Kelapan!!CARA JALAN..Jangan jalan Nampak bongkok..Tapi,,Jangan pulak over jalan seolah olah mendabik dada..cuba jalan cool sikit….

Kesembilan!!KELAKUAN..Baik,,Sopan santun,,Patuh ajaran agama..Yang positif mesti lah ada untuk lelaki macho!!

Kesepuluh!!KUKU..yang nie aku respect sikit..Entah kenapa lelaki yang aku kenal paling suka jaga kuku..Pendek jer kuku dowang..haha:)..Tapi kan..ada jugak..lelaki yang tak reti jaga kuku..kotor gilak..macam kerja dekat bengkel motor pulak..pergi la hai cuci tangan kau pakai life bouy kaler merah..tak ade lah bacteria dan kekotoran lagi..cehh!!pengotor pulak bila kenangkan ada ar sorang mamat nie..jual burger..Dah lah tangan kiri pegang rokok then tangan kanan pulak sedang khusyuk masak burger tu..Tiba tiba aku tengok kuku dia..perghh!!kotor..hitam legam..wekkkk!!!!So,,hati hati ye nak  beli burger lepas nie..haha:)mesti korang pikir dua tiga kali nak beli an..haha

Kesebelas!!MISAI DAN JANGGUT..paling pantang aku tengok lelaki ada misai dan ada janggut..aku rasa lelaki tu tak kemas..Kalau ayah aku ada janggut cepat cepat dia pergi cukur sebab dia tahu anak dia nie tak suka tengok dia berjanggut..haha
Lelaki yang ada misai adalah lelaki gatal..Fakta dari cik Laila ye..haha

Keduabelas!!CERMIN MATA..Aku suka tengok lelaki pakai cermin mata..Tapi,,Aku tak suka tengok lelaki pakai contact lens ataupun cermin mata hitam..Kalau pakai contact lens tu..nampak gedik jer..bajet macam metroseksual la sangat..macam gay ada lah..kah kah kah!!
Kalau pakai cermin mata hitam..Kalau cuaca panas ok la jugak..nie ha..tengah tengah gelap pergi pakai..menggong kau ye,,bang!!!Bukan febret aku tengok lelaki pakai cermin mata hitam..Sebab aku nak tengok lah macam mana mata dia..Romantik ke tak??Sepet ke tak??Ke buntang jerrrr….nak tengok..tapi better tak payah pakai lah cermin mata hitam tu..tapi cermin mata jer ok….

Ketigabelas!!KETINGGIAN,,aku tak kesah kau pendek ke kau tinggi…Asal kaki kau sampai nak tekan calsh kereta..Sebab  bagi aku..Lelaki yang pandai dan bajet bawak kereta manual macho..kuang kuang kuang…Ok!!!Pernah tengok Tam si pelakon tu tak??Dia handsome pe walaupun dia rendah…Kalau tinggi sangat aku benci gak..Nanti aku jadi bahan usikan diaorang..Bajet la tu..kononnya awak lagi tinggi daripada kita…lagi lagi kita punya kepala just dekat dada awak..See!!Tinggi kan awak tu..Biar lah sedang sedang jer..dalam 160 hingga 175 cm..Tinggi tinggi susah nak kiss..kah kah kah!!

Terakhir..BADAN..tak perlulah sasa kebenor like malik nor tu..Gila kau..Aku tak suka langsung tengok lelaki yang punya mascle macam tu..Biasa biasa dah lah..macam iqram dizly si pakwe laila tu ke…haha
(perasan kau)..macam anuar zain tu ke..Ok ar gak..boleh jadi pelindung dari orang jahat sudah mencukupi..hah!!Penat pulak aku berceloteh pasal badan lelaki..kuang kuang kuang!!!

Baiklah..Cukup sampai disini,..Karang si kaum Adam kata aku kutuk diaorang pulak..Sedangkan tak pun..Aku Cuma bagitahu apa yang aku nampak dengan pancaindera aku jer…Yang baik di jadikan teladan..Yang tak baik harap di maafkan ye..Then,,jangan pulak ikut…Nasihat aku untuk edisi “Oh!Lelaki” nie..Jaga kebersihan..Bersih itu separuh daripada iman..Jaga penampilan.. Penampilan mencerminkan diri individu..
Sekian~

saya budak baru belajar..


Salam..
Hari nie nak story sikit..Pasal first time belajar kereta dan motor..
Ok..Aku story kereta dulu k..

Opppsss..Sebelum tu..Aku nak wish Happy Birthday dekat Suzie Ellyani Bt.Zainal..
Nak Nyanyi boleh tak??
Satu..Dua..Tiga..

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Suzie..
Happy Birthday to you..
“Hai,,Suzie..Welcome to the club sweet Eightteen ye!!Semoga panjang umur..Dimurahkan rezeki..Dan diberkati oleh Nya ya..Aku sayang kau tau..Muahh!!”

Ok!!Cukup..Semperna hari ahad bersamaan 06/03/2011..Awal anak dara nie bangun untuk menuju ke sekolah memandu..heee~Pukul 6.30am sudah bangun..Siap punya siap dah pukul 7.30am..Memang tak sempat nak kemas rumah..Maknanya,,itu kerja kamu ya,,Kak Yang!!^___^
Orait!!Pukul 7.40am macam tu..Cikgu yang bakal ajar aku pun datang untuk menjemput puteri nie..Eceh!!Ok!Nama cikgu tu Cikgu Netta!!Naik kereta dia terus menuju ke inmaju(school driving)..Sampai jer dekat situ..Cikgu suruh turun..Alamak!!Nervous siut!!Aku turutkan jugak..Dia ajar macam mana nak mula naik kenderaan..Sebagai umat islam..Baca doa itu penting..hihi….
Second,,Betulkan kedudukan kerusi..Aku tarik kerusi tu sampai ke depan..Then,,Betulkan penyandar kerusi tu tapi masalahnya penyadar kerusi tu tak boleh nak betulkan..Well,,kereta kancil yang sudah lama..semuanya tak best!!
Masalah sekarang nie..Bapak terhina apabila kaki aku tak sampai nak pijak calsh..So,,terpaksa letak bantal dekat penyadar kerusi..Gila betul!!pendek sangat..huhu-___-!!Cerita dekat Kak Yang Balik tu..Dia punya tergelak sekuat kuat hati..terguling guling..kiri ke kanan..kanan ke kiri dekat atas kerusi..bengong!!Siap kata aku like panda..Suka hati anda ya gelakkan saya!!Ergghhh!!Siap story lagi dekat ayah..Ish ish..sedih betul!!

Sudah sudah..Lepas tu..Pakai tali pingang untuk keselamatan..then,,betulkan cermin sisi kedua dua belah..dan cermin untuk lihat belakang..Tekan signal kiri kanan..kanan bawah..kiri atas..tengah tengah lampu..then see see ada air wiper tak..main wiper..kut kut tak berfungsi pulakkan..Bunyi hon..dan lampu kecemasan..huh!!semua tu 10 markah ye..Jangan lupa ya cik Laila..

Seterusnya,,hee~Cara cara masuk gear bagi kereta manual..tekan clash nak start enjin kalau hand brek jatuh..tapi kalau tak..jangan gatal gatal ya..Start enjin..tekan hand brek..tekan clash..masukkan gear 1..pastu jalan larrr…Round round satu inmaju tu..terus ke jalan raya..Perghh!!satu pengalaman yang menarik..haha .,.

Orait..Cikgu suruh turun then cikgu bawa ke bukit..Cikgu ajar itu ini tentang nak naik bukit..
Cara caranya..
-masukkan gear 1..
-lepaskan calsh
-Tekan minyak
-Naik la bukit tu..
-Tayar depan betul betul kena dekat garisan kuning..
-Tekan calsh brek..then,free gear..then,,Tarik hand brek..
-Angkat tangan..
-Lepas tu..
-Tekan Calsh..Tekan minyak pelahan lahan..then,,turunkan hand brek..
-turun dari situ terus ke parking..
Masa di ambil selama 3 minit ye,,Adik…!!
Macam tu kottttttttt…..Maaf saya budak baru belajar!!!
Parking dengan 3 penjuru tu aku tak pas lagi..heeeee~tak cukup jari nak kira berapa banyak kalinya mati enjin..haha
Yang kelakar tu..terlanggar tiang..jatuh tiang tu..panik dibuatnya..haha(paling sengal)
Hm,,ada 3 kali lagi nak belajar..21/04/2011..test jpj..
OPPPPSSS!!PELAJAR SEDANG MEMANDU DI HADAPAN..


Motor pulak..
Aku berjaya naik titi..Dek angkara Amoi tu keding dia boleh buat..Kenapa aku yang besar bak belon nie tak boleh buat pulakkan..So,,Satu cabaran untuk aku tu..Aku cuba juga..Akhirnya,,aku berjaya..Alhamdulillah..Brek Kecemasan je belum pas lagi..haha
Yang kelakar tu an..Motor dekat situ mesti anti dengan aku..Mesti payah nak start..Mengong betul:)
Start start tak boleh..sampai Sir yang ajar tu kata “Dik,,Kau ingat tu basikal ke??Kau turun..Start la dari kanan”..Aku pun senyum je..Padahal,,hati dah berapi api dah dekat situ..Tapi sabar je..haha
Habis belajar tu..Yang bengong nya..Sir Cina tu kata “You agak agak bergoyang bawak motor..Jangan takut”Huh!!Nie lagi sorang!!Macam tahu tahu jerr aku memang cuak bawak motor dek kerana peristiwa tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu………………..Malas dah aku nak ingat balik..Yang pasti aku boleh lakukan…o’yeah!!!!

Ok larrrrrrrrrrrrr..Sory..story sudah lapuk..Malas nak update..jari aku lengguh lengguh..!!
Sekian!!