My protection!

saya dah bosan..kbai~


Kenapa harus paksa???Dah aku tak nak kenapa nak paksa paksa..???Tolong lah faham..Kalau aku blah dari sini aku akan kalah di dalam perjuangan aku..Kalau aku kalah sekali pun untuk kali ini..Aku rasa aku bersyukur..Setidak tidaknya..Aku dah usaha..Aku dah cuba..Bukan biarkan dia berlalu pergi seolah olah angin berpusu..Tak suka lah..Kan jauh tu…Yes,,Memang aku nak pergi jauh..Tapi tak bermakna aku nak pergi hanya dalam Malaysia..Setidak tidaknya aku boleh duduk dekat  Indonesia buat degree..Tu pun kalau university oxford masih bukan rezeki aku..Aku punya cita cita..Kenapa pulak nak tentukan masa depan aku..Benci lah macam nie..!!!
Aku tahu..Aku kena tanggung risiko dengan jalan yang aku pilih..Tetapi..Tolonglah bagi aku peluang untuk membuktikan yang aku boleh berjaya seperti orang lain..Boleh berjaya seperti AZMI NAQUIB..Yes..Memang dia dapat biasiswa..Tetapi..Bukan kot aku tak layak untuk menggapai impian seperti dia..Mana perginya sokongan??Mana perginya semangat untuk melihat aku berjaya..Secara personal..Aku sungguh kecewa sebab aku masih belum dapat apa yang aku nak dalam dunia nie..Bukan masalah mata duitan tetapi..Impian..Sebab tuhan tu dah kata..kalau kita nak jadi orang hebat..Kita kena usaha walaupun banyak kali jatuh..
Bukan kot..Aku nak korbankan moto hidup aku.. ‘Jangan mengalah sebelum rebah’…Kalau aku kalah sekarang…Orang akan gelakkan  aku..Tolonglah..Aku nak berjaya..Dan sekarang aku sedang usaha..Tahu tak..Tahun nie je..Aku dah korbankan duit bulanan aku semata mata aku nak masuk form 6…Ye..kecewakan sebab tengok aku tak masuk university macam orang orang lain..Tapi..tolong lah…jangan paksa..Nanti aku benci..Lagi aku akan  bawak diri jauh dari sini..Jangan sampai aku buat macam tu…aku masih punya harapan..Tolonglah hormat dan faham keputusan aku..sekian terima kasih..~~

i got it~~

Assalammualaikum..
Hari nie,22 Mei 2011 Semakan untuk politeknik dah keluar…Aku dapat..
Taniah kepada Lailatul Badriah Bt.Mohamd..kerana layak masuk ke sana..
Yang tak dapat tu jangan la sedih sedih sangat ok..Maybe..bukan rezeki korang dekat situ..Mungkin dekat tempat lain..
Bercerita tentang jurusan yang aku dapat..Aku dapat
Diploma seni digital..
POLITEKNIK:POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, ARAU
Pergghh!!Aku nak sangat bidang tu..Tapi kan..Dari Awal aku tingkatan 5..Aku dah berazam..Misalnya, aku dapat tingkatan 6..Aku akan teruskan pelajaran aku dekat sana..Oleh yang demikian..Untuk jurusan politeknik nie aku tolak serta merta..Sekian~
Terima kasih..

Kenapa aku tolak??
-Sebab aku nak masuk form 6..
-Sebab aku nak cepat dapat degree..
-Form 6 adalah jalan untuk capai cita cita aku..
Berdasarkan cita cita aku*undang undang..*pendidikan(bimbingan kaunseling)
-Aku malas nak belajar lama lama untuk diploma..
-Aku nak simpan duit…haha
Ok itu jerr..Kbai~
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA Tahun 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD
:

NAMA
:
LAILATUL BADRIAH BINTI MOHAMAD


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan kursus seperti berikut :
FF4IT-D72-0X - DIPLOMA SENI DIGITAL

POLITEKNIK
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK (JPP)

URL SURAT TAWARAN
- http://www.politeknik.edu.my


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web Agensi TEVT & ILKA mulai 26 Mei 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 31 Mei 2011.

TINGKATAN 6..SMK SERI PAGI..BATCH 2011/2012


Assalammualaikum..
Hai,,blogger..Rindu sama kamu…Baiklah…Tuan tanah disini amatlah sihat..Tetapi teramat lah sibuk..Mana tak nya..sesi pengajaran sudah bermula…Best pulak masuk tingkatan 6..Minggu lepas orentasi..Perghh!!seronok jugak la..walaupun kena buli dengan senior senior tapi ok lah…
Mula mula tu ingatkan hanya daftar je..lepas tu balik..rupa rupanya terus ada orentasi..First day pergi dengan Ajeera..Thankz ajeera..Ambil dan hantar aku ke sekolah..Best..jumpa kawan kawan lama balik..Budak budak yg sememangnya budak SMK seri pagi..ciput gila yang masuk..tak silap aku ada la dalam 10 orang..Serius aku kata..Bapak sombong budak budak seri pagi nak stay kat sekolah tu lagi..haha
Urm,,yang lain tu dari sekolah TTj..Seremban jaya..Senawang dan lain lain..
Mula mula tu ada la perasmian tingkatan 6 bawah batch 2011/2012..lepas tu ada la aktiviti..dapat pulak abang abang india tu jadi fasi..memang gila gila la kan..Bincang itu ini..itu ini..ada aktiviti lain..ambil barang yang beratnya lebih 1kg..kumpulan aku tak beragak..ambil besi,,batu..macam macam la..macam nak bakar ikan pun ada gak..haha
Yang paling aku respect..sekolah lain puji..SMK Seri Pagi bersih!!(fakta tu)..
Balik`~

Esoknya,,Sedih jugaklah..Era tarik diri..dia tak nak teruskan tingkatan 6..tinggal lah aku dengan wanie..Aina..of course la dah tak ada..sebab dia dapat uitm…Hari kedua tu senior senior tu bagi satu biskut..kononnya barang amanah la..Yang pasti..cantik jerr aku jaga biskut tu..tak patah patah..Then,,senior senior tu bagi nama samaran suruh cari tanda tangan cikgu..serta abg abg dan kaka kaka tu..Mula mula excited jugak nak buat..Tapi disebabkan diaorang dah membanggangkan aku..Aku pun tak buat..Pergi mam*** la aku nak buat…Memang siut…!!
Hari tu ada la cikgu cikgu terangkan subjek subjek yang boleh dipilih…
Balik’~

Hari rabu..Bilangan budak budak nie makin berkurang…Korang nie nak masuk tingkatan 6 ke tak??Ingat nie sekolah apak kau ke???Pagi pagi tu..ada senaman..huh!!Memang ss la senior tukan..lepas tu..ada ceramah bagai…then,,ada aktiviti ikut kepekaan telinga..tah apa apa aktiviti..balik..Hai,,sengalnya orentasi kali nie???

Hari khamis..Aku tak datang sekolah..Aku test jPj..tapi sayang..Aku tak lulus lagi…Ayah aku kata..Jangan ambil lagi selagi tak boleh nak bawak kereta betul betul..Tahun depan la nampaknya aku ambil..aku sedih tau tak??kbai!~(please turunkan beta keperenggan seterusnya)

Hari jumaat..Pemilihan kelas..Dengan rasminya..aku masuk kelas aliran sejarah..pwitt,,sejarah tu..Luv sejarah..luv cikgu azmi..haha
Oh!!Ye..
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU YANG PERNAH MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA DARI SEKOLAH TADIKA SEHINGGA LAH SEKARANG..TAK LUPA JUGA..GURU YANG TERBAIK DALAM HIDUP SAYA IALAH IBU SAYA..KAKAK KAKAK SAYA DAN RAKAN RAKAN SAYA..JASAMU TETAPKU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYATKU..SEKIAN~ TERIMA KASIH!!
Subjek yang aku ambil..BM,Pengajian Am,Pengajian perniagaan,sejarah..Terbaik wok…Kelas tingkatan 6 bawah bougainvilla..
Bercerita tentang kawan kawan..Perghh!!Baru seminggu kenal tapi macam dah 10 tahun berkawan..Rapat dan akrabnya kitaorang..Yang kelakar..Ramai pulak yang syok sendiri..gila kuasa dan sebagainya..Aku bangga la..Kalau orang yang sanggup nak bertanggungjawab..Tapi..jangan la asyik asyik kau je oi..huh!!Bagi la dekat orang lain..Orang gila kuasa lantak tepi..Orang yang syok sendiri biarkan dia bergitu..sebab aku pun tergolong dalam golongan nie..haha(jujur wei(^__^))
Ha,,yang sombong pulak..asingkan dia jauh jauh…sengal jep..kbai~
Tak lupa jugak..ada seorang budak nie..Best sesangat kawan dengan dia..Nama dia panjang..Aku panggil diya jer..

Ekhem..itu aje yang nak dikongsikan..sungguh boring  entry kali ini..haha~
Sekian~


PLKN DITANGGUHKAN DEMI STPM..

Nekad!!

Assalam..
Aku dah nekad...dua belas hari bulan lima tahun dua ribu sebelas nie aku akan dapat jugak lesen kereta..Dapat lesen P...Aku dah tak sanggup lagi nak ulang alik dekat school driving tu...Aku rasa aku sungguh bosan..sebab apa..sebab aku dah banyak habiskan masa aku...Aku dah banyak habiskan duit aku untuk lesen..Dah cecah rm1000 setengah dah aku habiskan..Tapi apa hasilnya??sungguh mengecewakan..Dan kini..Aku akan buat betul betul..Aku akan usaha jugak dapatkan lesen P..
Misalnya aku tak dapat jugak..Maka dengan itu..Lesen L bakal di bakar buat selama lamanya...!!!Sebab apa..sebab aku dah give up!!Aku rasa aku gelabah..Bawa kereta susah..Aku stress dan aku tak dapat nak tenangkan diri aku...!!
aku mesti dapat...o'yeah!!

saya nak jadi pemandu yang gumbira di atas jalan...
Dengan itu,,,Aku lulus..Alhamdulillah...Kalau tak..Haaaa,,,,aku dah tak akan repeat lagi...
*Aku ulang balik!!Aku lulus..Alhamdulillah..Kalau tak...Aku tak akan repeat lagi...
Yes!!Orang akan kata aku budush sangat..Benda senang bagi diaorang aku kata susah...
Memang ye..Aku rasa aku tak yakin lah..
Tapi..Aku dah ade matlamat....Khamis nie...
Lailatul Badriah Bt.Mohamad akan ada lesen P!!
Sekian~

aku sedih wei....

Memang dasyat lah penangan cinta tu wei!!

Aku bakal kesepiaan lagi..tak mahu!!

Hari hari aku sedih...sebab Azmi naquib akan pergi...umpama mainan aku rosak..Aku dah tak ada kawan lagi..Aku nak main dengan siapa nanti???tolonglah!!jangan pergi..

Bakal pergi...yes!!study hard ye..semoga berjaya dunia dan akhirat..
Assalam..
Dia akan tinggalkan aku??AZMI NAQUIB akan tinggalkan aku..TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!Aku tak sanggup wei..!!Sumpah aku tak sanggup…!!OMG..macam mana nie…Aku masih sayang,cinta,rindu,suka,minat dekat dia…Walaupun masih SS..Tapi aku bahagia…Aku rasa dia selalu ada untuk aku…Tuhan tolong aku..Aku tak sanggup..!!
Aku tak tahu..kenapa Aku masih mengharapkan dia lagi….Kenapa aku gatal tangan sangat nak mesej dia nie???
Mesej yang buat aku terus melayang layang!!!

“Hai,,budak bijak..Dapat dekat mana???”from me!!
“ya sye..dah dpt biasiswa sebelum result spm keluar..biasiswa khazanah nasional,so,in july buat a-level dekat KOLEJ YAYASAN UEM..LEMBAH BERINGIN..DEKAT HIGHWAY PLUS..BOARDER RAWANG DENGAN TANJUNG MALIM..TERPENCIL..HAHA..2 tahun pastu fly buat course economics..uk la kut….”

Perghh!!pertama..awak untung..second..awak betuah..third..awak memang layak!!!
Tapi…Budak bijakkan…dengan adanya AZMI NAQUIB lah…semangat berkobar kobar nak belajar…Yes!!seratus tiga puluh % kau buat aku bertambah semangat..Lantak pi lah kata orang ye….
Tapi..aku still sedih..
Yang pasti..aku doakan kau sihat,,kau bahagia,,kau berjaya..itu dah bermakna untuk aku walaupun aku tak dapat memiliki kau..Yes!!bertuah wanita yang dapat kau…Taniah kepada wanita yang bakal dapat kau..

Sory..entry kali ini..sungguh merapu rapu..sama macam perasaan aku sekarang!!!
Kbai~
Sekian~

my decision!!!!

mana satu pilihan anda!!!
Assalammualaikum…
Hari nie nak story sikit pasal masalah kawan kawan aku….Masalah apa itu ye???Hm,,nie masalah nak sambung belajar…

Ok!Sebelum tu…keputusan upu sudah keluar..Bagi yang belum check..HAMBIK nie…gi cek sekarang!!
*UPU RESULT NO IC..HANTAR DEKAT 15888
Ramai kawan kawan aku yang kecewa sebab diaorang tak layak nak masuk u…Tapi tak apa…Masih ada peluang yang di berikan..Boleh buat rayuan…Kenapa nak bersedih…don’t be sad..La tahzan k!!Kali nie..Sesiapa yang nak masuk u jugak..pergi lah buat rayuan tau…

Baiklah..Bercerita pasal diri sendiri pulak…Aku tak nak masuk u..atau nama panjangnya university buat masa ini…Sebabnya..Aku nak masuk Form 6..

Kenapa aku pilih form 6??
Jom ikut..Cerita seterusnya…

Kenapa aku pilih form 6…Sebab aku frust..Nak masuk u tak layak dengan kelulusan SPM aku..Keputusan yang boleh tahan..Baik la jugak…4 subjek di terima..Satu jerr masalahnya…Bi..Orang lain memang tak boleh bet dengan aku lah…Bi aku D..huwawa^____^..:P
Memang ada jurusan lain…Cuma aku jerr yang tak nak..Aku nak capai cita cita aku…Aku nak ambil jurusan undang undang..Aku nak jadi solicitor/lawyer/attorney..

Sebab lain..Kalau aku masuk u..sama la jugak jalan dia..kena ambil Asasi ataupun diploma undang undang..Kalau ambil stpm pun sama jugak…Boleh jugak..Betul tak??Masuk mana mana pun sama je..Asal ada minat untuk belajar…

Dengan adanya sijil STPM..aku boleh sambung belajar ke luar Negara…Ini..memang cita cita aku sejak azali lagi..nak jejak kan kaki kat Negara orang..Ha,,dekat situ nanti la aku akan buat pinjaman PTPTN..kan dah jimat…Masuk u..Diploma jerr dah mahal..Kalau masuk Form 6..kan berbaloi…PTPTN tu boleh pinjam masa nak ambil ijazah ataupun master nanti..Hisy,,orang kalau buat master selalunya dapat biasiswa..Apa nak risau..duit boleh saving untuk masa hadapan..Betul tak???

Selain itu,,sebab eh..Aku nak buktikan..Masuk form 6 nie bukanlah untuk budak yang bodoh tetapi untuk budak yang rajin belajar..Ada aku kesah kau nak kata apa??Tak adakan..so,,Baik kau diam…!!

Oh!ye..Pasal Muet..Ramai yang takut..Dengar je muet mesti dah kecut perut..Hei,,guys..kita tak cuba mana kita tahu susah ataupun tidak…Nak tak nak..kalau ambil ijazah..Tak kira lah kau ambil course apa apa pun..Kau kena jugak ambil benda tu..So,,cuba baru tahu!!

Sebab lain dan lain…Teringin wok..rindu gila nak pakai baju sekolah..Walaupun sejak aku pandai pergi sekolah aku tak suka pakai uniform sekolah..Lagi satu..nak iron..perkara yang paling aku benci..Fullstop!!
Tapi..Biar la..Aku nak jugak pakai..Pakai sampai kepam..Asalkan STPM aku nanti dapat result top dan meletop!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aina Syafiqah ada cakap.. “Kau kata..kau nak berdirikari…”
Yes!!Aina..Aku sekarang pun berdirikari apa…Basuh baju sendiri..Nak makan kunyah sendiri..Ada ke orang yang kunyahkan???Tak ada kan..So,,berdirikari la tu sambil makan kari ayam..yummy..!!sedapnya..teringin nak makan..Tetttt~Terpesong suda..heeeee~

Ha,,nie lagi satu..Nanti boleh naik van pak cik saupi..Bangun pagi pagi..kelam kabut tengah tengah pagi tu..Kalau lambat..Aku telefon pak cik tu ambil aku pukul 7..hah!!kan saving..bayar pun dalam RM 35 jerr…kalau jauh jauh nanti Lagi banyak duit yang kena keluar…Aku seboleh bolehnya tak nak menyusahkan ayah aku..walaupun ayah aku adalah orang senang…(sedapkan hati)..hahah!!
Lagi pun..Aku rindu ooo dekat ayah kau,Azmi…nanti boleh borak borak dengan ayah kau dalam van..Rindu dekat kau..oh!tidak sama sekali..tapi dekat AZMI NAQIUB yes!!100% aku rindu..
Orang selalu cakap…From 6 nie kena belajar betul betul kalau fail susah nanti..Hisy,,,kalau dekat mana mana pun sama jugakkan????Ada tu takut..tak strunggle..fail..rugi 2 tahun..hahai..kunonya pemikiran awak ye???Masuk mana mana pun ada cabarannya…!!

Masuk u…ambil diploma..Tak semestinya dapat kerja baik…sama je kot…STPM better than matrik apa…Fail matrik..Musnah segalanya…Tetapi..fail STPM..masih ada harapan…

Yang penting sekarang nie…Jangan dengar sangat kata kata orang..lagi lagi orang yang tak ada pengalaman langsung dalam bidang tu…Cakap lebih..cuba tak pernah..podah!!!
Kita hidup mesti ada matlamat..Jangan nak berangan tak tentu hala…tapi tindakan tak ada(nasihatkan diri sendiri)+ ,+
Yang pasti..Kita kena ada cita cita yang jelas dalam hidup kita…

JANGAN MENGALAH SEBELUM REBAH…
(pegang nie kawan kawan)

“Jangan pandang budak sastera bodoh bodoh belaka..Rezeki semuanya ditangannya…Kau kafir ke,,kau islam atas ic je ke…selagi kau manusia..Allah dah janji akan bagi kita rezeki..Selagi kita meminta kepadanya dengan usaha yang wajar….!!!”

“Tak semua budak sastera bodoh”
“Kita nak berjaya..Tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya”
Ayat *Anis Muhidzir..add Fb dia..

Jangan terpedaya kata kata orang..Orang sekeliling suka tengok kita jatuh…Dan mereka akan gelakkan kita like macam nie..kahkahkahkah!!

Yang pasti..kita sekarang nie..
Belajar..usaha..berdoa..kuat..cekal..sabar..tawakal..dan hasilnya berjaya…Tuhan itu maha adil..sesiapa yang meminta kepadanya akan dapat jugak walaupun lambat atau cepat…

Huh!!hah!!!penat dah nie..Bagus LAILATUL BADRIAH..yakin pada diri sendiri terletak kepada akal yang kuat…
Huh!!Hah!!!Lailatul sungguh semangat sekali…
Oklah..itu jerr..
Sekian~