My protection!

my decision!!!!

mana satu pilihan anda!!!
Assalammualaikum…
Hari nie nak story sikit pasal masalah kawan kawan aku….Masalah apa itu ye???Hm,,nie masalah nak sambung belajar…

Ok!Sebelum tu…keputusan upu sudah keluar..Bagi yang belum check..HAMBIK nie…gi cek sekarang!!
*UPU RESULT NO IC..HANTAR DEKAT 15888
Ramai kawan kawan aku yang kecewa sebab diaorang tak layak nak masuk u…Tapi tak apa…Masih ada peluang yang di berikan..Boleh buat rayuan…Kenapa nak bersedih…don’t be sad..La tahzan k!!Kali nie..Sesiapa yang nak masuk u jugak..pergi lah buat rayuan tau…

Baiklah..Bercerita pasal diri sendiri pulak…Aku tak nak masuk u..atau nama panjangnya university buat masa ini…Sebabnya..Aku nak masuk Form 6..

Kenapa aku pilih form 6??
Jom ikut..Cerita seterusnya…

Kenapa aku pilih form 6…Sebab aku frust..Nak masuk u tak layak dengan kelulusan SPM aku..Keputusan yang boleh tahan..Baik la jugak…4 subjek di terima..Satu jerr masalahnya…Bi..Orang lain memang tak boleh bet dengan aku lah…Bi aku D..huwawa^____^..:P
Memang ada jurusan lain…Cuma aku jerr yang tak nak..Aku nak capai cita cita aku…Aku nak ambil jurusan undang undang..Aku nak jadi solicitor/lawyer/attorney..

Sebab lain..Kalau aku masuk u..sama la jugak jalan dia..kena ambil Asasi ataupun diploma undang undang..Kalau ambil stpm pun sama jugak…Boleh jugak..Betul tak??Masuk mana mana pun sama je..Asal ada minat untuk belajar…

Dengan adanya sijil STPM..aku boleh sambung belajar ke luar Negara…Ini..memang cita cita aku sejak azali lagi..nak jejak kan kaki kat Negara orang..Ha,,dekat situ nanti la aku akan buat pinjaman PTPTN..kan dah jimat…Masuk u..Diploma jerr dah mahal..Kalau masuk Form 6..kan berbaloi…PTPTN tu boleh pinjam masa nak ambil ijazah ataupun master nanti..Hisy,,orang kalau buat master selalunya dapat biasiswa..Apa nak risau..duit boleh saving untuk masa hadapan..Betul tak???

Selain itu,,sebab eh..Aku nak buktikan..Masuk form 6 nie bukanlah untuk budak yang bodoh tetapi untuk budak yang rajin belajar..Ada aku kesah kau nak kata apa??Tak adakan..so,,Baik kau diam…!!

Oh!ye..Pasal Muet..Ramai yang takut..Dengar je muet mesti dah kecut perut..Hei,,guys..kita tak cuba mana kita tahu susah ataupun tidak…Nak tak nak..kalau ambil ijazah..Tak kira lah kau ambil course apa apa pun..Kau kena jugak ambil benda tu..So,,cuba baru tahu!!

Sebab lain dan lain…Teringin wok..rindu gila nak pakai baju sekolah..Walaupun sejak aku pandai pergi sekolah aku tak suka pakai uniform sekolah..Lagi satu..nak iron..perkara yang paling aku benci..Fullstop!!
Tapi..Biar la..Aku nak jugak pakai..Pakai sampai kepam..Asalkan STPM aku nanti dapat result top dan meletop!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aina Syafiqah ada cakap.. “Kau kata..kau nak berdirikari…”
Yes!!Aina..Aku sekarang pun berdirikari apa…Basuh baju sendiri..Nak makan kunyah sendiri..Ada ke orang yang kunyahkan???Tak ada kan..So,,berdirikari la tu sambil makan kari ayam..yummy..!!sedapnya..teringin nak makan..Tetttt~Terpesong suda..heeeee~

Ha,,nie lagi satu..Nanti boleh naik van pak cik saupi..Bangun pagi pagi..kelam kabut tengah tengah pagi tu..Kalau lambat..Aku telefon pak cik tu ambil aku pukul 7..hah!!kan saving..bayar pun dalam RM 35 jerr…kalau jauh jauh nanti Lagi banyak duit yang kena keluar…Aku seboleh bolehnya tak nak menyusahkan ayah aku..walaupun ayah aku adalah orang senang…(sedapkan hati)..hahah!!
Lagi pun..Aku rindu ooo dekat ayah kau,Azmi…nanti boleh borak borak dengan ayah kau dalam van..Rindu dekat kau..oh!tidak sama sekali..tapi dekat AZMI NAQIUB yes!!100% aku rindu..
Orang selalu cakap…From 6 nie kena belajar betul betul kalau fail susah nanti..Hisy,,,kalau dekat mana mana pun sama jugakkan????Ada tu takut..tak strunggle..fail..rugi 2 tahun..hahai..kunonya pemikiran awak ye???Masuk mana mana pun ada cabarannya…!!

Masuk u…ambil diploma..Tak semestinya dapat kerja baik…sama je kot…STPM better than matrik apa…Fail matrik..Musnah segalanya…Tetapi..fail STPM..masih ada harapan…

Yang penting sekarang nie…Jangan dengar sangat kata kata orang..lagi lagi orang yang tak ada pengalaman langsung dalam bidang tu…Cakap lebih..cuba tak pernah..podah!!!
Kita hidup mesti ada matlamat..Jangan nak berangan tak tentu hala…tapi tindakan tak ada(nasihatkan diri sendiri)+ ,+
Yang pasti..Kita kena ada cita cita yang jelas dalam hidup kita…

JANGAN MENGALAH SEBELUM REBAH…
(pegang nie kawan kawan)

“Jangan pandang budak sastera bodoh bodoh belaka..Rezeki semuanya ditangannya…Kau kafir ke,,kau islam atas ic je ke…selagi kau manusia..Allah dah janji akan bagi kita rezeki..Selagi kita meminta kepadanya dengan usaha yang wajar….!!!”

“Tak semua budak sastera bodoh”
“Kita nak berjaya..Tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya”
Ayat *Anis Muhidzir..add Fb dia..

Jangan terpedaya kata kata orang..Orang sekeliling suka tengok kita jatuh…Dan mereka akan gelakkan kita like macam nie..kahkahkahkah!!

Yang pasti..kita sekarang nie..
Belajar..usaha..berdoa..kuat..cekal..sabar..tawakal..dan hasilnya berjaya…Tuhan itu maha adil..sesiapa yang meminta kepadanya akan dapat jugak walaupun lambat atau cepat…

Huh!!hah!!!penat dah nie..Bagus LAILATUL BADRIAH..yakin pada diri sendiri terletak kepada akal yang kuat…
Huh!!Hah!!!Lailatul sungguh semangat sekali…
Oklah..itu jerr..
Sekian~





T A H N I A H !
Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran
No. Kad Pengenalan
::

Angka Giliran
::
NA044A032
Nama
::
LAILATUL BADRIAH BINTI MOHAMAD
Sekolah Asal
::
NEA4106 - SMK SERI PAGI

Jurusan
::
KEMANUSIAAN
Sekolah Ditawarkan
::
NEA4106 SMK SERI PAGI

Tarikh Mendaftar
::
9 Mei 2011
Sila cetak surat tawaran dan bawa bersama semasa pendaftaran ke sekolah yang telah ditempatkan

 
SURAT TAWARAN CETAKAN KOMPUTER
TARIKH CETAKAN:02-May-2011

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel    : 03-88849586 (Aras 3) / 03-88849370 (Aras 4)
Faks : 03-88849315
Laman Web : http://www.moe.gov.my/bs
certified_1
CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT.NO. : AR4166
Logo-IQNET-New2007_01
CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT.NO. : AR4166


Rujukan Kami: KP(BS-SPSM)303/01/03 (28639)
Tarikh : 02 Mei 2011
Nama : LAILATUL BADRIAH BINTI MOHAMAD
No Kad Pengenalan
: 

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2011
Dengan hormatnya Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. KP (BPSH-SPSM)303/01/06 (12) bertarikh 14 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa tuan ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah seperti ketetapan berikut:
2.1. Jurusan KEMANUSIAAN
2.2. Sekolah ditempatkan SMK SERI PAGI
TMN SERI PAGI
70450 SEREMBAN
N. SEMBILAN
2.3. Tarikh dan masa lapor diri 9 Mei 2011 / 9.00 pagi
2.4. Dokumen diperlukan (Asal dan salinan yang disahkan) i.   Surat tawaran ini.
ii.  Keputusan SPM 2010
iii. Kad Pengenalan
iv. Sijil Kelahiran
v.  Sijil Kokurikulum Tingkatan Lima
2.5 Pakaian Pakaian seragam sekolah dan kemas

3.     Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, dinasihatkan melapor diri di sekolah yang ditetapkan dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Fasa 2 hendaklah melapor diri sebaik sahaja tamat latihan.
4.     Keputusan ini adalah muktamad berdasarkan syarat-syarat dan kekosongan tempat. Kegagalan melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran. Tawaran ini terbatal serta-merta jika saudara berstatus bukan warganegara Malaysia.
Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak perlu ditandatangan.
Berserah jer pada tuhan..hahaha!! 

IBU,,,KITA RINDU DEKAT IBU..

Doalah untuk ibu bapa kita!!

Al-Fatihah ku utuskan untukmu Ibu!!


Assalammualaikum……
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan ibuku..Allah selamatkan kamu……….!
Ibu..Hari nie…02.05.2011..Hari nie hari jadi ibu..Hari lahir ibu yang ke 56 tahun..Selamat hari lahir ibu..
Ibu..kte hanya boleh mendoakan ibu dari jauh jerr..Ibu dah pergi..sungguh jauh..very long distance from me..Tetapi ibu..walaupun jarak yang memisahkan…Ibu sentiasa dekat hati kte yang paling dalam..Serius!!Tak tipu…

Ibu,,you know what…Tahun nie..Umur kte masuk 18 tahun..Maknanya,,sudah 6 tahun kita tak bersatu..Tak bersama sama..Sejak 2005 dulu..Semakin hari..semakin payah untuk melangkah..Ibu..alangkah indahnya ibu bersama anakmu ini???Ibu,,Terasa gelap,malap,kabur dunia ini tanpamu disisi walaupun lampu..sinaran,,pancaran selalu ada menemani hari hari yang kian suram..
Kenapa ibu??Tuhan lebih menyayangi dirimu??Kenapa tidak kte jerr???

Ibu..Terasa diri ini lemah..terasa diri ini tiada yang memerlukan…kte sungguh kekosongan..hidup dalam
Kepura puraan…Hanya tersenyum diluaran…Tapi hati sukar diri ini mengerti…
Ibu,,Alangkah indahnya jika ibu masih ada…Diri ini perlukan belaian kasih sayang dari seorang ibu…
Hati ini sungguh cemburu apabila melihat teman bermesra dengan ibu ibunya..Lagi lagi Mak Abang Mie..
Dia sungguh baik melayan anak anaknya..ktesungguh iri hati ibu……..!
Ibu,,,kte sungguh kecewa…tengok anak anak yang tidak tahu menghargai ibu ibu mereka…
Bahkan,,mereka sanggup kata bodoh dekat ibu mereka…teruknya!!!

Ibu,,Apa yang harus kte lakukan???Bila lagi kte nak bertemu???Layak kah kte bertemu lagi denganmu..
Ibu..kte rindu dengan nasihat yang sering disalah ertikan oleh anak anak kini sebagai ‘membebel’…
Tiada siapa siapa yang hendak menegur…Hendak memberi semangat…Yang mereka tahu..
Hanya ketawa melihat kte jatuh..Lebih mereka seronok melihat kte jatuh terus lumpuh disitu…
Teruknya mereka,ibu…!!!!

Ibu,,Kenapa kehidupan ini sungguh tidak adil???kenapa??saat kte gembira…
Ibu tiada???kenapa saat kte sedang mengapai kecemerlangan..Ibu tiada???Dimanakah ibu??Ibu…
Dimana  hendak kte pohon restu???Tiada lagi…Semangat seperti dulu…
Kalau boleh masa diputarkan…Ibu,kte tidak minta untuk dilahirkan…
Kte tak nak kehidupan keluarga kte macam nie..
            Sorang dekat utara,,sorang dekat timur,,sorang dekat selatan..
            Entah kenapa..Semakin lama semakin jauh mereka pergi…!!

Dan kini,,,Orang yang kte telah jatuh cinta dekat dia kian jauh meninggalkan diri ini…
Ibu,,Tak layakkah..Kte dapatkan cinta dari dia???Hebat sangat ke dia…
Ibu,,kte rindukan ibu…Kte rindukan dia…
Tolonglah,,,jangan buat kte macam nie???kte terasa derita sangat…Kte rasa sakit sangat…

Oh!!Ye…Ibu,,Maafkan kte..Andai kita menjadi anak yang tak mendengar kata…
Maafkan kte sekiranya kte menguris hati ibu…
Maafkan kte untuk segala galanya…
Halalkan lah segala galanya…
Ibu,,,Apa yang boleh kte lakukan..kte perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan kte…
Kte kena redha dengan kepermergian ibu…
Hanya satu jerr yang kita boleh lakukan…
Doa untukmu ku utuskan….
Sekian~

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
 
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
Amin Ya Rabbul Alamin..
 
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...