My protection!

kongsi cerita suka dan duka!!

Entry kali ini ‘Macam Macam ada’
Bacalah kalau sudi..Terima Kasih~
Assalammualaikum,,Hari Ahad 11/09/2011..Rumah Aku buat Makan makan sikit..Lepas tu Ajak la Rakan rakan form 6..Nak ajak budak budak 5 Rafflesia semuanya dah balik Universiti/Kolej so,,diaorang mana ada dekat sini..Lagi pun cuti raya tahun nie hanya seminggu..Sekarang pun dah raya yang ke 13..memang tak terasa masa berjalan dengan begitu pantas..

Kak Yang masak Mee Hailam,Soto..Ada sate..sampai 300 cucuk tau..Memang ramai jugak yang datang..Petang petang member member yang datang serbu..Malam turn jiran tertangga pulak..Kecewa jugaklah Musyrif tak datang..eceh!!tetiba je..haha
Mujur Rahman ada..hihi..Cerita pasal Rahman..Kelakar sangat la kan..Aku tak pernah Nampak muka dia merah padam sampai telinga telinga dia merah sekali..Nak tahu kenapa??Dia Makan Mee Hailam lepas tu dia letak cili kicap banyak banyak..Dia ingat Kuah rojak..Perghh!!Siapa la yang mendajalkan kau tu Man..haha~Tapi slack la..Aku lupa nak tangkap gambar pulak..Mesti best kalau dapat tangkap gambar dia macam tu..Masuk Fb Buat Default Profil(D.P)..hee~

Rizwan siap tambah sampai 3 kali..Memang dasyat la mamat tu kan..Badan slim jerr..berat pun 46 kg je tapi kuat makan ow..kelakar..tapi tak kesah la tu..Adat la tu budak lelaki lebih kuat makan berbanding perempuan kan??!Seronok makan dengan Rizwan..sebabnya,,tak ada la aku malu sangat nak makan..macam makan dekat rumah Aminah..berapa batang sate aku dengan Rizwan punya jer..Aku kan kuat makan jugak..hee~

Ekhem,,Tengok je gambar eh!!Yang datang Atiqah (K),Cyda,Rahman,Rizwan,Nadzim,Amin,Ada sorang boy tu,Ervieena dan adeqnya..itu jerr…
|
|
|
V
Atiqah,cyda,Leyla
Nadzim,,Rahman,,Amin,,Apek..Atiqah,Leyla,cyda..
Rahman nerd!!



Entry Kedua,,Hari Isnin 12/09/2011..Malam sebelum 12 hari bulan aku berazam tak nak malas malas..Nak jadi seorang yang rajin..supaya dapat capai matlamat yang dirancang dalam kepala otak nie ha..!!

Aku terpaksa tutup mata..kalau aku jalan terjatuh..tolong bangunkan aku..
Esoknya,,Kononnya..Terajin sangat..Nadzim cari mc(Pengacara Majlis)untuk perhimpunan rasmi hari isnin..so,,Aku pun jadi la..See,,Rajinkan..Mula mula memang sejuk sangat sangat tangan aku nie..tapi aku boleh control lagi supaya suara dan anggota badan tak gementar..Well,,pes Time aku bercakap mengunakan mic..depan orang ramai pulak tu..

Macam macam pengumuman  cikgu suruh baca..Adoiyai!!Aku dah kabut dah..macam mana kalau tersalah baca ke hapa..Cuak tu memang ada tapi sehabis boleh aku control cun..haha~Teks yang aku baca tu banyak pulak salah..siapa punya teks yang kau bagi kat aku nie woi!!Yang paling aku malu gila Bhabi tu,masa cikgu Rihana nak bagi ucapan..Aku terlepas cakap ‘Adoiyai’zuppp..terserap dekat mic then,,terdengar dekat semua orang sampai budak budak nie gelak habis habisan..Habis jerr perhimpunan tu aku pergi minta maaf dekat cikgu Rihana sebab salah masa dia nak buat ucapan tu..Mujurlah cikgu Rihana boleh kata..tak apa..Kesalahan kecil jer..lain kali jangan buat lagi…Cikgu shamsiah pun sokong aku..Pengetua terangguk angguk..Tengok pengetua terangguk angguk tu hati aku mula lega..sebab dia pun berpendapat yang sama dengan Cikgu Rihana..Turun pentas..budak budak nie kata.. “Eh!Kak.. ‘Adoiyai’..cilaken betul budak budak nie!!
Aku dah rasa dah..Pes and Last la nie aku berucap..!!Jatuh imej aku..Malu gila gila seratus kali gila malu!!!

Masuk kelas…Semua guru tanya kat aku pasal tu..Ayahhhhhhhhhhhh!!Nak berhenti sekolah!!Malu sangat nie..Ada tak cengkerang macam kura kura tu.. “kura kura pinjam kau punya cengkerang,,please!!Malu wehhhh!!!!

Masa cikgu Lengam masuk kelas tu..dia komen..Apa nie form 6 jadi Mc macam tu…Bla..Bla..Bla..!!Memang ayat dia tersentap habis la kan!!Sedihnyerr!!
Kiranya semua cikgu la bagi komen..Tapi masa cikgu Rozila bagi komen aku dapat terima..
1.Dia kata..Aku baca lambat sangat..macam budak tadika..
2.Teks tu kena rujuk guru Pakar BM..
3.dia kata mujur aku pandai cover suara..Dah tengah tengah tu aku mula sebati dengan benda tu..
4.Dia kata..Bagus la tu..Tak semua orang sempurna..jangan la sebab aku banyak salah,aku dah tak nak jadi Mc lagi..umm(tengok dulu la)Aku jadi pun sebab budak budak nie tak puas hati..kenapa diaorang jer yang kena jadi..Kenapa tak aku..(dengki la tu sebab akukan setiausaha LPP so buat jadual jer)..

Cerita dekat Abang lang..Abang lang pun tergelak gelak..Tapi dia kata..Kalau kita tak berdiri dekat depan..Tak ada orang nak komen kita bercakap macam mana..Tak semua orang boleh naik ke pentas dan bercakap dengan sempurna masa pes time..

Kesimpulannya,,Thankz la bagi sesiapa yang support aku Dan tak gelakkan aku…Muka tebal jerr datang skola..bongok gila lah!!


Cerita terakhir..Hm,,Pasal sir Hj. Siragh!!Masa mula mula dia masuk sekolah dulu (2010)..Aku  tak berapa suka jugak dengan sir nie..Then,,Aku ingat dia nie India..Rupa rupanya Melayu larr..cehh!!

Masuk form 6..Sir nie yang jadi cikgu Muet kitaorang..Rupa rupanya belajar dengan dia best kot..tu la orang kata.. ‘Don’t jugde by a cover’..Istimewanya sir nie kan..Dia akan bagi perhatian tidak kira kau duduk belakang ataupun duduk depan..semua dia bagi perhatian..
Macam macam panggilan yang budak budak nie dapat..Misalnya,,Pavitrah..Sir nie susah nak sebut nama dia then dia panggil Pelita jerr..Lagi Nurul..jadi Nurul TL(tahi Lalat/cinderella)..Anna Maria jadi Anna letchemy..Deven jadi Popai..macam macam lagi lah..tak ingat pulak..!!

Istimewanya Sir nie lagi..Dia seorang yang kelakar..Masa dia kalau 2 period rasa sekejap je..dia juga suka puji diri sendiri..dia kata diri dia handsome..kalah shah rukh khan..perghh!!ta bley bla..Then,,Bila dia cakap ‘Bodoh’..macam ada bunyi tersendiri..kalau dia bergurau..dia akan minta maaf balik dekat budak yang dia kacau tu..

Tapi,,Sekarang sir dah tak ajar kitaorang..dia dah bersara..sedih tau..
Tak apa lah asal masih ada gambar kenangan dengan sir yang kelakar nie..
|
|
|
|
V
we will miss u..



         

Lailatul Nak berdiet weh!!(badan aku gelakkan aku)'perli'


Argghh!!!BERAT NAIK!!..tension sehh!!Aku makin gemuk..nak bergambar pun rasa tak yakin..Halamak!!Macam mana nak kurus nie??Turun 10kg pun jadi larh..PerghH!!Demand pulak dah..haha

kurusnya dia..
zzra si ramping..
Hm,,Aku jeles dengan kawan kawan aku yang slim.. “Hai,,kawan macam mana awak jaga badan ye??”Tapi aku rasa tak ada la sampai nak slim macam diaorang..sekadar muat baju lama pun jadi larh..Dulukan Aku pakai baju saiz M atau pun L..Sekarang rasanya kena triple XL..perghh!!!Malunya..

cantikkan dia..Artis fabret aku..Anis muhidzir..!!
Berat naik..Pakwe pun lari.. “Hai,,Lelaki Awak kejam..Awak tengok bentuk fizikal saya bukan dalaman saya..Elok la tu Awak lari sebab awak bukan lelaki yang baik..”
I need a doctor or motivator for manage my diet..Can you help me,guys??!!

Gambar 2009..kira ramping lettu..
Masa raya raya nie larh berat naik..Makin lama makin naik..seluar jeans pun dah ketat..Mak ai,,Macam Mak orang dah..tak mahu..tak mahu..Nak cun selalu..cehh!!PODAH!!nak tengok gambar raya aku..sat lagi aku tunjuk..!!Betapa gemuknya cik Lailatul nie..

See,,gemukkan..
gambar nie aku dah edit
Kurus..Nak bergaya..sememangnya lumrah perempuan..tapi..bagi aku pulak kurus bukan sebab nak bergaya..tetapi untuk kesihatan..!!Cuba bayangkan..Gemuk semua lemak Nampak..Lagi lagi tang PERUT..Waaa,,,berlipat lipat..mana boleh camgini…nak perut flat please!!

Ada tips sikit aku dapat dari internet(copy paste bleykan)
-Amalkan makan makanan sebelum 7 malam..Yang nie payah..sebab apa..malam malam camgini larh ramai nak belanja aku mc don..umm,,cedap nyerr.. ‘chessy burger’..!(LUPAKAN BUAT SEKETIKA)
-positifkan diri..buat perancangan realistik bukan drastik..(masalahnya..poyo jerr kononnya nak diet tapi..selalunya tak menjadi pun..motivasi tak kuat..cett~)
-kurangkan makanan nasi dan berlemak..banyakkan pengambilan roti atau bijirin..(Waa,,kebulur la macam nie!!)
-buat exercise selama 30 minit..(kemas rumah,naik/turun tangga dekat sekolah/rumah,jalan jalan..cukup la tu)
Dah dah itu jer..!!

Start from now..Aku nak berdiet..Yeah!!Se-mag-gat LAILATUL!!
I wish..i can get 55kg 2 month..o’yeah!!itu pun kira berat la tu..nak dapat berat macam tu..!!
ishh!!belum habis aku menaip..perut nie dah lapar..umm!!Terkam makanan macam HARIMAU!!
Sekian~
Yang sedang membuat perangcangan untuk diet:
Leyla~

ala,,emak kahwinkan aku..!!

comel tak dia??

Assalammualaikum..Hari ini nak story pasal J.O.D.O.H..hee~
2 Bulan yang lepas..Mak Chik aku call Kakak aku..Tah hapa hapa tah diaorang berbual..diorang berbual seolah olah topik tu best sangat sampai tergelak besar..
Aku..hee~Buzybody orangnya..So,,pergi la bertanya.. “Kenapa seronok na nie??”
Kakak aku pun kata.. “Kau ada Skandal dengan Shaiful eh??”Aku pun macam orang gila..Sah!!Macam sawan Bahbi..Tergelak sambil menjawab “Mana ada..Siapa buat gossip gila nie??”Angkara aku bergambar dengan dia masa kahwin kakak Diana(Sepupu Aku)..

Eh!Sebelum tu..Abang Shaiful Nie cousin aku..Umur dia 26 tahun(2011)..Tapi dia tak kahwin lagi tau..Mak Chik aku nie..sedang mencari calon..tapi Abang shaiful nie Habih semua orang di rejectnya..Hai,,Demand eh!!hm,,Entah macam mana..Aku pun termasuk dalam calon tu..hee~Terasa hebad kot..haha
Seriusly,,Aku tak banyak bercakap dengan dia..dalam FB pun aku tak ada nak chatting2..Number telefon dia pun aku dah buang..

Kononnya,,Mak Chik aku nie nak jadikan aku calon isteri Abang Shaiful nie la..tapi..Rasa rasanya..Nak ke aku nie??

Di Jadikan satu cerita..Raya hari tu..satu family aku datang rumah mak chik aku nie..Ada pulak Abang shaiful nie dekat rumah..hey,,Awat tak keluar masa tu..Dah gossip liar pulak yang keluar..tapi,,seriously aku rasa nak tergelak terbahak bahak sebab Abang shaiful nie pemalu  sanad sanad orangnya..Boleh pulak dia duduk dekat dapur masa kitaorang datang tu..then,,Abang shaiful nie keluarkan kek..Eh!Lupa pulak..Abang shaiful nie kerja sebagai chef buat kek..
Kek yang di buat tu kek keju..Mak chik aku terus hulur dekat aku.. “Nah,rasa nie Abang shaiful buat..”ayaak!!Saia tak makan la kek keju..so,,Tak ada la aku sentuh kek tu…hm,,Nak makan apa nie??

Aku Nampak satu kuih tu..Kuih tu jer yang aku minat semenjak raya nie..then,,Mak chik aku tu pun kata “Ha,,tu Abang Shaiful la yang buat tu..”Adoi!!Terus tutup benda tu..tak jadi nak makan..malu oww..Kakak kakak aku dah tergelak gelak dah sebab aku makan laju jer kuih tu..sampai setengah dah aku balun..haha
Angah aku kata “elok la tu..orang cinta datang dari mata jatuh di hati..Intan,dari Air tangan jatuh ke perut”Sah!!Sewel sekejap..!

Dah ada dah ciri ciri suami idaman..pandai memasakkan..haha
Nak balik tu..Kak Yang boleh pulak kata.. “Tak salam Abang shaiful ke??”..
Selamba yaya aku jerr.. “Mana boleh HARAM!Bukan muhrim”Dalam hati..hey,,tak mahu lah..tangan dia lembut sebab selalu masuk dapur..Tangan saia macam dawai oww..malu sehh!!
Tak nak salam..Nak duit raya je..hee~Dapat tau..haha

Balik tu..Aku tanya dekat Angah aku..kenapa kenakan aku dengan Abang Shaiful pulak..(angkara lupa peristiwa 2 bulan yang lalu)Angah aku cerita la..Mak chik aku nie nak jodohkan aku dengan dia..bla bla bla..terus Ayah aku menyampuk.. “Kau dengan Dia sesuku(Adat perpatih)..Mana boleh kahwin sesuku..!!see,,Sudah terang lagi bersuluh..Jawapan dia dah ada..memang tak sesuai la aku dengan dia..

Lagi pun..
1: Kami sesuku..
2:Kami sepupu..Kalau something berlaku..tak nak la bercerai berai..kalau boleh sampai mati ada ikatan persaudaraan tu..
3:dia dah tua la..dah 26 tahun..jauh beza dengan aku..hee~Nanti dia kena tunggu aku lagi 5 tahun..sanggup??
4:cuba bayangkan..kecik kecik dulu kejar kerbau pendek sama sama masa dekat kampung..then,,dah besar kena kahwin..hai,,lawak benar tu!!
5:Dia anak tunggal..manja la jawapannya nie kan..
Dan lain lain..

Takdir yang tentukan segalanya..
Kalau sudah tersurat dan tersirat macam gitu..terima je la..
Sekian
Yang bercerita:
Leyla..