My protection!

just say something!!saya puas hati!!


Assalammualaikum,,Hai peeps…Entah kenapa aku rasa gembira bebenar hari ini..semalam syahdu sangat..Well,,ramai pulak salah faham dengan aku kan..Tapi tak apa… “Wahai,,Rakyat jelata..Beta sudah mengampunkan prihal semalam..”Entry kali nie aku nak  share dengan Blogger tak pun silent reader aku pasal  -Apabila kita dah meluahkan perasaan kita dekat seseorang,Apa yang kita rasa??-Entry kali nie sambungan dar Entry –perasaan itu datang tanpa dijemput

Hm,,Baiklah..Aku dah luahkan apa yang aku rasa..Rasanya,,Aku sungguh lega walaupun Si Dia tolak aku..Hurm,,Biasa lettu..Aku selalu rendah diri kalau dah di TOLAK.. “It’s ok,boy..i just wanna tell u what i’m feel to u..But I don’t think I want couple with u dalam masa sekarang..!!(keluar dah English Bangla aku kan)Taram je la!!

Mesti korang korang rasa aku gila…sebab luahkan perasaan..Seolah olah jatuh martabat tak pun jatuh imej sebagai perempuan..Ish!!i don’t think so.. “Hai,,gurl..apa yang kita nak kita mesti usaha,right?”Thankz dekat Rahman Siregar sebab bagi aku idea nak buat semua nie..Aku rasa aku tak de la malu sangat sebab aku luah dalam Facebook jer…Lain lah dengan Azmi Naquib dulu…!!Bertentang mata…memang kelu,,kaku,,mengigil lutut aku..(Kelakar la ingat benda tu..)

Cerita dia macam nie..Dalam satu malam yang hening(semalam lettu),,Aku duduk menghadap Mr.Acer aku dalam bilik..Tak lain tak bukan bukak fb..online tak ingat dunia..tetiba bunyi ‘IM’..Si Dia tanya pasal dunia blog nie..Aku pun jawab seolah olah macam pro sanad..Well,,Nak jadi pengodam terhebat mesti banyak tahu pasal komputerkan..haha(gurau jer)
Entah macam mana tertukar topik..Hai,,Macam tak kenal je saia nie..suka tukar topikkan..then,,Entah macam mana untuk ke sekian kalinya aku pun taip macam nie..
Aku: “dah ok..lg2 chat en kau nie kan...haha..yg pastikan..thankz la sebb story pasal diri kau..ta yah la aku nak tye kau lagikan...bestnya jd kau..”
Si Dia: “apa yg best nyer..dh jatuh la..hmm..ak nk tanya sket bleh x?”
Aku: “boleh..tye je..”
Si Dia: “hmm..ko open kan”
Aku: “ ye..of coz..haha”
Si Dia: “betul ke ko suka ak?”
Aku: “ betul la wei..aku suka kau nie....haha..tp aku tak mngharap apa2...tepuk sebelah tgn tu skit...tp tepuk seblh tgn tu la yg buat aku se-mag-gat nak blaja..”
Si Dia: “kalo btul la ko suka ak(ish ko nie,perasan je lebih mus)..sori tau sbb ak mmg xleh nk bercinta tau..tpi kita bleh jadi kawan baik la”(Sedihnya larh..Kte sambung lagi eh perbualan kitaorang tu)
Aku: “aku tahu sebb dia wei..it's ok...sebb tu aku tak harap apa2...thankz bg aku jwpn...tak yah aku nak tye2 lagi kan..tp serius aku malu...hahaha”
Si Dia: “ak lagi malu tau..first time ak tnya org mcmtu..dan2 lps tu ak yg perasan lebih..lagi la malu”
Aku:   “haha...tak pe... aku tahu siapa aku wei..it's ok sekali lagi..”
Si Dia: “ ak benci la ko ckp mcm tu..bleh x jgn ckp mcmtu lgi”
Aku: “asal pulak??betul la wei..sepatutnya aku sedar...”
Si Dia: “sbb ko mcm xsyukur dgn diri ko..skang kita nk jdi kawan baik..cuba ko cer kat ak apa yg sbnarnya nie smpai ko suka ckp mcm tu?”
Aku: “kau tahukan aku suka kat Azmi Naquib tu...aku terpaksa buang jauh2 perasaan aku yg aku pendam selama 5 tahun lepas..start awal ting 1..dia seorg perfect wei..mcm kau..bila aku tgok kau..ak nmpak kesamaan korang...”
Si Dia:  “ak x perfect ok..”
Aku: “ tah la...aku berdoa la kan..satu hari nnti lepas je dia blik dr uk..dia akan jd doktor yg dia ckp dgn aku dlu..iaitu doktor mental untuk rawat otak aku...supaya aku bley lupakan dia terus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tp masalah eh..dia g uk ambil finance..ekonomi..mcmne lak nak jd doktor ye dak??haha”
Si Dia:  “so knape ko x kapel dgn dier lagi?”
Aku: “tak perlu..aku tak perfect...mcm dia NAK??fool me right???”
Si Dia: “kat blog ko ckp dh terus terang kat dier..kalo xsilap ak la”
Aku: “ye..aku dah terus terang..tapi...kan aku ckp..dia tak nak...sebb aku tak ada mcm ciri2 yg dia nak..mungkin kau pun mcm tu..tak apa...it's ok!!”
Si Dia: “wey ko jgn sama kan ak dgn dier..ak biar je ko..tpi sbb ak risau..ak risau ak jdi org macam nie.. KLIK DISINI”
Aku: “ ok..aku dah bca..hm,,,tak apa...aku doakan kau akan dpt ustazah yang kau ckp kat aku tu....”
Si Dia: “wey sori tau..tapi kita bleh jadi kawan baik kan..hmm..kalo mcm tu ak nk ko baca artikel2 ni kalo ko rasa sedih la..KLIK DISINI”
Aku: “hm,,,terima kasih sebb sedar kan aku...”
Si Dia: “ memandangkan kita dh jadi kwn baik(kalo ko anggap macam tu la) ko diminta untuk share kan jer msalah ko ngan ak tpi mslah2 kaum hawa jgn lak ko nk share ngan ak tu mmg ak xleh nk tlg la..hehehe kalo bleh tlg ak tlg tau”

Dah panjang na dah nie…Yang Akhir sekali…
Aku: “ok..Mus,,thanks sebb,Aku byk belajar dr kau hari nie..kedua..thanks sebb sudi tido lewat tman org gle nie..ketiga..lupakan cte pasal AN tu...keempat thanks terima family request aku..lau kau tgok kat stu..bpe kerat je family sebenar..yg lain bestties aku..kelima..thankz tak terima aku....Penting sebenarnya tu...aku tahu kau pemalu..then,,,tak mahu la gosip keluar ye dak..keenam...kau pun if ad pape hal..cte je kat aku...ketujuh...selamat malam....have a nice dream..assalammualaikum!!”
Si Dia: “yg penting sbnarnya ko lyk dpt bf yg lagi baik dri AN yg poyo tu n ak yg loser nie..sbb ko ikhlas”

Thankz dekat Ervieena Sharmilla sebab bagi aku ayat nie.. “‎Lailatul Badriah Binti Mohamad cinta terbit tnpa ada rase kekayaan,paras rupa atau kebijaksanaan.. jika si dia jodoh kau..pasti allah akn satukn kowg... btw kau msti beranikn diri....jgn give up ok.......”
 Cukuplah..Sekadar apa gambaran perasaan aku setakat ini..
Lepas nie..Apa yang aku harapkan ialah Aku tak nak terpengaruh dengan cintan cintun nie..Aku nak fokus kat study aku,dekat cita cita aku…!!

‘Today,,My Life  Begins..Thankz Jugak kat si Dia…sebab bagi aku jawapan!!’
*Si Dia masih menjadi Rahsia sulit kerajaan…

Sekian~
yang terkandas:
Leyla~



perasaan itu datang tanpa dijemput!!

Assalammualaikum,,Aku jatuh hati lagi buat sekian kalinya..!!Tapi aku masih curiga dengan perasaan ini..Aku tahu,mungkin aku tidak layak untuknya..Dia umpama Ustaz dan aku hanya manusia biasa..!!Ustaz memang manusia biasa..Yang aku maksudkan..Dia lebih baik dari aku..Mungkin sebab itu aku terjatuh perasaan ini untuknya..Ya..secara jujur aku mengaku sejak pertama kali aku jumpa dia,aku tak pernah puas tengok muka dia..tapi tidak pulak berdebar debar dan kelu serta kaku lidah aku seperti berjumpa first time dengan Azmi Naquib dulu..!!Ala,,Azmi Naquib tu cerita lain..itu..Cinta pandang pertama la katakan..!!

|
|
|
V
 Aku dah cuba luahkan..tapi..Aku tak mampu nak berterus terang macam mana aku berterus terang dengan Azmi Naquib dulu..Ish!!Kan aku dah kata..Azmi Naquib tu cerita lain..."Hai,,Balik balik ulang nama dia..Lailatul Badriah Rindukan dia ye??"..Betul la tu..Tak pernah sedetik pun aku tak rindu kat dia..Cewahh!!Bukan main lagi ayat awa tu ye..!!

tengok gambar Azmi Naquib puns jadi la..lepas gak rindu en..haha
Berbalik Balik dengan topik tadi..Mungkin Aku tak cintakan dia..cuma terbit rasa suka dan sayang je dekat dia..bukan ke suka,,sayang,,minat,,cinta itu satu perkara yang lain...Lagi pun..Banyak perbezaan yang harus aku hadapi bila aku sayangkan dia.."Hai,,hati..Hati hati sukakan orang..Nanti seluruh badan anda yang merana.."

Kenapa aku cakap macam tu...Pertama..dia pandai...Memey la dia belum ke menara gading yang sebetulnya..tapi tak ke satu hari nanti dia akan ke sana jugak??Aku takut dia akan pandang rendah dekat aku..then,,cakap.."Kau tu tak pandai ada hati nak dekat aku"(Rasa nak rendam dalam air je muka nie kalau betul betul dia cakap macam tu..)
Kedua..Dia nie anak orang kaya..Mak ayah dia tak silap aku orang yang berkejaya la juga..Usahawan yang berjaya(tak silap aku)..Sesuai ke dengan aku..hanya sebatang kara je nie.."Hai,,sodey na dengar cerita kau macam gitu"huhu..!!


Apa apa pun aku berharap..agar dia sanggup beri aku peluang!!!haha

Yang penting sekarang nie..Aku nak tumpukan kat matlamat aku...Yang aku akan jadi manusia yang berjaya pada satu hari kelak..
 
Khas untuk dia!!
Sekian~

*orang yang aku cerita ini perlu dirahsiakan..kerana..dia adalah seorang yang pemalu!!


ceramah Osman Affan..SmartStudy


Edaran yang amat berguna untuk pelajar..



Assalammualaikum,,Hari yang ceria..Sudah masuk 13 september dalam tahun 2011 nie kan..kejap jerr rasanya..Hm,,Baiklah..Hari nie..Memang hati sungguh gembira Terasa hendak gelak sampai terguling guling sehingga jatuh katil..Bukan apa..Cuma bangga dapat berjumpa face-to-face dengan Osman Affan..Kenal dia nie??Mesti ramai yang kenalkan..Motivator yang terhebad di Malaysia..

Hari nie..Osman Affan Datang ke SMK Seri Pagi..Wah!!PIBG sekolah aku Bayar RM7000 untuk dia bercakap dari pukul 8.15am hingga 4.30pm..Memang seronok habis..Memang tak kering gusi dan tak kering Idea dia nie..Kitaorang dalam dewan tu tak gerak gerak..Semua steady jerr..Pergi tandas pun tak..See,,Ada aura Osman Affan nie..!!

Banyak benda yang kitaorang belajar..Antaranya,,Minda,Memori dan Masa..
Mengenai minda..Apa yang dapat aku simpulkan dari Osman Affan cakap mengenai Matlamat..Siapa kita sekarang dan apa impian kita pada masa akan datang..Bak kata Osman Affan “Tanpa Halangan,Matlamat Bukanlah suatu Impian”(Aku sendiri sedang memikirkan apa sebenarnya yang hendak disampaikan)..

Dalam tajuk Minda nie..kita jangan mudah putus asa..Yang penting sekarang nie..Jangan mudah kutuk diri sendiri..Misalnya,, “Aku nie tak cantik..”Cuba bayangkan..Kalau diri sendiri kata tak cantik,orang lain pun akan Nampak benda yang sama..
Lebih Mudah kalau kita sendiri pandang wajah kita dicermin..Sambil Tersenyum dan menggambarkan kita adalah seorang yang cantik..serta cakap apa matlamat kita pada diri sendiri..itu lebih menguatkan motivasi diri sendiri(eleh!!Nak buat lettu)..Yang penting sangat sangat..Orang lain tak akan Nampak apa potensi diri kita..Oleh itu,,mari la pergi hari hari,eh!Silap!! marilah kita menunjukkan bakat terpendam dalam diri kita OK!!

Selain Minda..Terdapat jugak cara/Teknik nak belajar dengan berkesan melalui Memori..Apa sebenarnya kekuatan diri kita??Kekuatan diri kita terletak pada otak kita..Bahasa Memori saya ialah Gambar..Cuba kita tengok gambar berbanding teks yang panjang berjela jela..mana agaknya kita akan suka??Lu Fikirlah sendiri!!

Kebiasaannya,,Orang kita ada 2 jer masalah..pertama,,sukar untuk mengingat atau kedua tidak faham!!Ada 6 Cara yang boleh digunakan dalam subjek yang gila gila pakai otak misalnya,,sejarah,,Matematik ataupun sains..Macam mana nak ingat ek??
Pertama,,Akronim..Akronim adalah perkataan yang terhasil apabila kita mengambil huruf pertama daripada beberapa senarai kata kunci..
Misalnya..
G-Goal
R-Result
E-excellent
A-action
T-time..
Kebiasaannya,,akronim selalu digunakan..dan ramai yang sudah tahu dengan pergunaannya..ianya,,amat berfungsi kepada mata pelajaran serta dapat membantu kita untuk mengingati apa jua yang penting..

Kedua,,Akrostik..Korang tahu apa itu Akrostik??Aku sendiri baru tahu..haha
Akrostik ialah ayat yang terhasil apabila kita mengarang cerita menggunakan huruf pertama daripada beberapa senarai kata kunci..Misalnya..
Warna pelangi:             Istilah Apabila kita sedang membayangkan sesuatu:
M-Mackel(Merah)       “Mata kanan:Fikir kepada benda yang baru..”
J-jacson(Jingga)           “Mata kiri:Fikir kepada gambar atau imaginasi..”
K-kena(kuning)
H-halau(hitam)
B-balik(Biru)
I-india(indigo)
U-utara(ungu)

Ketiga,,Audionim..Audionim pula adalah perkataan yang sukar kita ingat lalu kita tukarkan kepada gambar berdasarkan bunyi yang sama dengan  perkataan itu.
Keempat,,Cerita Kreatif..Cerita kreatif ialah mengarang jalan cerita menggunakan kata kunci atau isi penting.Hasilnya semua kata kunci boleh diingati mengikut turutan yang betul.
Contohnya,,Kata kunci..(Kucing,,Selipar Jepun,,Karipap,,Besi Buruk,,Surau)
Cerita skema..Ayat den la nie.. “Kucing itu pakai selipar jepun sambil makan karipap diatas besi buruk di tepi surau”..Cerita lucu.. “Seekor kucing pakai selipar jepun pergi beli karipap dikedai Mak Jah sambil berkata “Nak Karipap seringgit!”..Mak jah terkejut apabila kucing itu pandai berkata kata lalu mengetuknya dengan besi buruk..Kucing itu insaf dan bersolat di Surau”..
Tekniknya mudah aja..Baca dan Faham,,Kenalpasti kata kunci,,Tulis Cerita kreatif ,,Lukis gambar ringkas..

Teknik Seterusnya,,Flash Card..Nota ringkas yang mudah dibawa ke mana mana. Paling berkesan untuk menghafal fakta yang sukar kita ingat..Mudah aje..Koyakkan kertas A4 kepada 6 bahagian..selepas itu,,yang depan kita tulis soalan manakala yang belakang kita tulis jawapan..(teknik ini digalakkan mengunakan pen berwarna Hitam atau berwarna warni)..
Memori Smartstudy juga mempunyai teknik memori chunking yang bermaksud memecahkan maklumat maklumat yang hendak dihafal kepada bahagian bahagian kecil..

Teknik yang terakhir..Nombor Ceria..Bolehkah kita hafal nombor 80 Digit dalam masa 15 minit??Jawpan yang diberikan oleh Osman Affan Adalah.. ‘Ya,Boleh!’..ada teknik yang boleh kita lakukan..Bayangkan sebuah ruang mempunyai sudut..Setiap sudut mempunyai Nombor dan gambar..ingat tarikh tarikh penting dalam subjek sejarah akan menjadi mudah..Misalnya,,Tarikh Malaysia Merdeka ialah 31/08/1957..Yang boleh ditafsirkan dalam gambar ialah..3(M)1(T)/0(S)8(F)/1(T)9(P)5(L)7(K)..Hal ini bermaksud..3 dan 1 ialah Mata/0 dan 8 ialah sofa/1957 ialah TPLK..Cuba lihat gambar dibawah!!

tekan 2 ke 3 kali untuk zoom..
Minda sudah,Memori pun sudah..Sekarang ‘Masa’..Pengurusan masa yang efektif haruslah dilakukan oleh setiap manusia di muka bumi ini..Ramai pelajar termasuk Aku suka merunggut 24 jam dalam sehari tidak cukup untuk melakukan semua kerja..Tambahan pula,,nak mendapat kan mood yang baik juga merupakan faktor kerja kita selalu tertangguh..Malas adalah punca segala galanya..So,,Apa yang harus kita lakukan ialah..Cuba buat To-Do List dalam seminggu..Misalnya,,Buat assignment yang diberikan oleh cikgu dan hantar pada masa yang ditetapkan..Utama yang Penting dahulu..Selain itu,,Buat juga senarai for Today supaya kerja kita tidak bertambah atau tertangguh dengan kerja yang esok..Yang penting..Lakukan kerja yang susah dahulu baru lakukan kerja yang senang..!!

Lipat satu kertas dan masukkan to-do list td mengikut urutan
Kan mudah!!Tipss Dah ada..Moh la kita mencuba..Semoga berjaya..
Lagi lagi kepada si Lailatul Badriah nie..Saia dah la ambil Sejarah..Subjek yang dibenci oleh orang ramai..Ah!!Itu tidak penting..yang penting Cinta cikgu,,Cinta sejarah!!
Banyak lagi yang dibicarakan oleh Osman Affan kepada kami..Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat di kongsikan..Sharing is caring..But this Hakcipta terpelihara Smartstudy..Kalau korang nak tahu lebih lanjut pergilah Ceramah/Motivasi Osman Affan nie..Sure kena RM300 ke atas untuk beberapa jam..Tak pun poie beli jerr buku buku yang dia tulis..Sure korang pun akan dapat input dan manfaat..ok lah!!
Sekian~
Writing by:
Cik Leyla..