My protection!

saya dah bosan..kbai~


Kenapa harus paksa???Dah aku tak nak kenapa nak paksa paksa..???Tolong lah faham..Kalau aku blah dari sini aku akan kalah di dalam perjuangan aku..Kalau aku kalah sekali pun untuk kali ini..Aku rasa aku bersyukur..Setidak tidaknya..Aku dah usaha..Aku dah cuba..Bukan biarkan dia berlalu pergi seolah olah angin berpusu..Tak suka lah..Kan jauh tu…Yes,,Memang aku nak pergi jauh..Tapi tak bermakna aku nak pergi hanya dalam Malaysia..Setidak tidaknya aku boleh duduk dekat  Indonesia buat degree..Tu pun kalau university oxford masih bukan rezeki aku..Aku punya cita cita..Kenapa pulak nak tentukan masa depan aku..Benci lah macam nie..!!!
Aku tahu..Aku kena tanggung risiko dengan jalan yang aku pilih..Tetapi..Tolonglah bagi aku peluang untuk membuktikan yang aku boleh berjaya seperti orang lain..Boleh berjaya seperti AZMI NAQUIB..Yes..Memang dia dapat biasiswa..Tetapi..Bukan kot aku tak layak untuk menggapai impian seperti dia..Mana perginya sokongan??Mana perginya semangat untuk melihat aku berjaya..Secara personal..Aku sungguh kecewa sebab aku masih belum dapat apa yang aku nak dalam dunia nie..Bukan masalah mata duitan tetapi..Impian..Sebab tuhan tu dah kata..kalau kita nak jadi orang hebat..Kita kena usaha walaupun banyak kali jatuh..
Bukan kot..Aku nak korbankan moto hidup aku.. ‘Jangan mengalah sebelum rebah’…Kalau aku kalah sekarang…Orang akan gelakkan  aku..Tolonglah..Aku nak berjaya..Dan sekarang aku sedang usaha..Tahu tak..Tahun nie je..Aku dah korbankan duit bulanan aku semata mata aku nak masuk form 6…Ye..kecewakan sebab tengok aku tak masuk university macam orang orang lain..Tapi..tolong lah…jangan paksa..Nanti aku benci..Lagi aku akan  bawak diri jauh dari sini..Jangan sampai aku buat macam tu…aku masih punya harapan..Tolonglah hormat dan faham keputusan aku..sekian terima kasih..~~

i got it~~

Assalammualaikum..
Hari nie,22 Mei 2011 Semakan untuk politeknik dah keluar…Aku dapat..
Taniah kepada Lailatul Badriah Bt.Mohamd..kerana layak masuk ke sana..
Yang tak dapat tu jangan la sedih sedih sangat ok..Maybe..bukan rezeki korang dekat situ..Mungkin dekat tempat lain..
Bercerita tentang jurusan yang aku dapat..Aku dapat
Diploma seni digital..
POLITEKNIK:POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, ARAU
Pergghh!!Aku nak sangat bidang tu..Tapi kan..Dari Awal aku tingkatan 5..Aku dah berazam..Misalnya, aku dapat tingkatan 6..Aku akan teruskan pelajaran aku dekat sana..Oleh yang demikian..Untuk jurusan politeknik nie aku tolak serta merta..Sekian~
Terima kasih..

Kenapa aku tolak??
-Sebab aku nak masuk form 6..
-Sebab aku nak cepat dapat degree..
-Form 6 adalah jalan untuk capai cita cita aku..
Berdasarkan cita cita aku*undang undang..*pendidikan(bimbingan kaunseling)
-Aku malas nak belajar lama lama untuk diploma..
-Aku nak simpan duit…haha
Ok itu jerr..Kbai~
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA Tahun 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD
:

NAMA
:
LAILATUL BADRIAH BINTI MOHAMAD


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan kursus seperti berikut :
FF4IT-D72-0X - DIPLOMA SENI DIGITAL

POLITEKNIK
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK (JPP)

URL SURAT TAWARAN
- http://www.politeknik.edu.my


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web Agensi TEVT & ILKA mulai 26 Mei 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 31 Mei 2011.

TINGKATAN 6..SMK SERI PAGI..BATCH 2011/2012


Assalammualaikum..
Hai,,blogger..Rindu sama kamu…Baiklah…Tuan tanah disini amatlah sihat..Tetapi teramat lah sibuk..Mana tak nya..sesi pengajaran sudah bermula…Best pulak masuk tingkatan 6..Minggu lepas orentasi..Perghh!!seronok jugak la..walaupun kena buli dengan senior senior tapi ok lah…
Mula mula tu ingatkan hanya daftar je..lepas tu balik..rupa rupanya terus ada orentasi..First day pergi dengan Ajeera..Thankz ajeera..Ambil dan hantar aku ke sekolah..Best..jumpa kawan kawan lama balik..Budak budak yg sememangnya budak SMK seri pagi..ciput gila yang masuk..tak silap aku ada la dalam 10 orang..Serius aku kata..Bapak sombong budak budak seri pagi nak stay kat sekolah tu lagi..haha
Urm,,yang lain tu dari sekolah TTj..Seremban jaya..Senawang dan lain lain..
Mula mula tu ada la perasmian tingkatan 6 bawah batch 2011/2012..lepas tu ada la aktiviti..dapat pulak abang abang india tu jadi fasi..memang gila gila la kan..Bincang itu ini..itu ini..ada aktiviti lain..ambil barang yang beratnya lebih 1kg..kumpulan aku tak beragak..ambil besi,,batu..macam macam la..macam nak bakar ikan pun ada gak..haha
Yang paling aku respect..sekolah lain puji..SMK Seri Pagi bersih!!(fakta tu)..
Balik`~

Esoknya,,Sedih jugaklah..Era tarik diri..dia tak nak teruskan tingkatan 6..tinggal lah aku dengan wanie..Aina..of course la dah tak ada..sebab dia dapat uitm…Hari kedua tu senior senior tu bagi satu biskut..kononnya barang amanah la..Yang pasti..cantik jerr aku jaga biskut tu..tak patah patah..Then,,senior senior tu bagi nama samaran suruh cari tanda tangan cikgu..serta abg abg dan kaka kaka tu..Mula mula excited jugak nak buat..Tapi disebabkan diaorang dah membanggangkan aku..Aku pun tak buat..Pergi mam*** la aku nak buat…Memang siut…!!
Hari tu ada la cikgu cikgu terangkan subjek subjek yang boleh dipilih…
Balik’~

Hari rabu..Bilangan budak budak nie makin berkurang…Korang nie nak masuk tingkatan 6 ke tak??Ingat nie sekolah apak kau ke???Pagi pagi tu..ada senaman..huh!!Memang ss la senior tukan..lepas tu..ada ceramah bagai…then,,ada aktiviti ikut kepekaan telinga..tah apa apa aktiviti..balik..Hai,,sengalnya orentasi kali nie???

Hari khamis..Aku tak datang sekolah..Aku test jPj..tapi sayang..Aku tak lulus lagi…Ayah aku kata..Jangan ambil lagi selagi tak boleh nak bawak kereta betul betul..Tahun depan la nampaknya aku ambil..aku sedih tau tak??kbai!~(please turunkan beta keperenggan seterusnya)

Hari jumaat..Pemilihan kelas..Dengan rasminya..aku masuk kelas aliran sejarah..pwitt,,sejarah tu..Luv sejarah..luv cikgu azmi..haha
Oh!!Ye..
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU YANG PERNAH MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA DARI SEKOLAH TADIKA SEHINGGA LAH SEKARANG..TAK LUPA JUGA..GURU YANG TERBAIK DALAM HIDUP SAYA IALAH IBU SAYA..KAKAK KAKAK SAYA DAN RAKAN RAKAN SAYA..JASAMU TETAPKU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYATKU..SEKIAN~ TERIMA KASIH!!
Subjek yang aku ambil..BM,Pengajian Am,Pengajian perniagaan,sejarah..Terbaik wok…Kelas tingkatan 6 bawah bougainvilla..
Bercerita tentang kawan kawan..Perghh!!Baru seminggu kenal tapi macam dah 10 tahun berkawan..Rapat dan akrabnya kitaorang..Yang kelakar..Ramai pulak yang syok sendiri..gila kuasa dan sebagainya..Aku bangga la..Kalau orang yang sanggup nak bertanggungjawab..Tapi..jangan la asyik asyik kau je oi..huh!!Bagi la dekat orang lain..Orang gila kuasa lantak tepi..Orang yang syok sendiri biarkan dia bergitu..sebab aku pun tergolong dalam golongan nie..haha(jujur wei(^__^))
Ha,,yang sombong pulak..asingkan dia jauh jauh…sengal jep..kbai~
Tak lupa jugak..ada seorang budak nie..Best sesangat kawan dengan dia..Nama dia panjang..Aku panggil diya jer..

Ekhem..itu aje yang nak dikongsikan..sungguh boring  entry kali ini..haha~
Sekian~


PLKN DITANGGUHKAN DEMI STPM..