My protection!

Opss!!Ini rahsia tau...

Salam..
Hari ini nak kongsi sedikit pasal satu rahsia..hehe:)..
“Tentang Gadis” edisi Cik Laila..
Ini Al-kisah “Aduhhhhhhh!!!!sakitnya senggugut…”
Dan
PMS..
Senggugut biasanya dialami oleh kaum wanita sebelum,semasa atau selepas datang bulan(period)..
Kebiasaannya hari pertama datang bulan..senggugut akan menyerang kaum wanita..
Beberapa hari sebelum period bukanlah hari terbaik untuk kaum wanita..Premenstrual Syndrome atau PMS(perubahan perangai,kelakuan,emosi,fikizal dan mental) merupakan masalah biasa yang melanda wanita sihat yang didatangi haid..Jadi..Bagaimana untuk tahu sama ada ia PMS atau tidak??Ha..Jom ikut kita ke perenggan seterusnya…

Kaum lelaki Please take note for your Girl friend…supaya anda akan lebih kenal Gf anda..Ada kawan kawan aku sendiri(yang lelaki)tanya..Kenapa makwe dia cepat naik angin,,tak ada mood atau bla..bla..bla..
dan sometimes..
Kaum lelaki nie akan terasa..Mungkin sebegini..
+“Eh,,aku ada buat salah ke??”..
+“Eh..Aku gurau sikit pun tak boleh”..
+“Eh,,kenapa dia nie??Aku ada buat salah ke sampai dia tak ada mood nak layan aku”
Telahan ada mungkin ada tepatnya dan juga mungkin terpesong..Setiap bulan perangai wanita akan berubah ubah..Kejap kejap garang,,Kejap kejap sejuk,,Kejap kejap marah lepas marah dia senyum balik..itu semua normal…
Ok..jom check list..adakah si gadis ini sedang mengalami PMS…
Kira kira 5 hari sebelum period..
*wanita mungkin mudah naik angin berbanding biasa dan perkara kecil pun boleh buat mereka menangis..
*Wanita lebih suka menyendiri dan mungkin ponteng kerja atau tidak mahu keluar bersama rakan..
*Wanita merasakan gemuk,hodoh,dan buncit..
*Payudara akan terasa sakit dan bengkak..
*wanita akan terasa kurang tenaga..
*wanita akan perasan corak tidurnya berubah..
*Wanita mungkin teringin nak makan sesuatu yang manis dan naik berat badan sebab makan berlebihan..
*wanita akan cepat rasa resah..

Apa yang menyebabkan PMS?
^Ketidakseimbangan hormon.Estrogen membuatkan tubuh kamu menyerap lebih cecair,Jadi kamu rasa kembung dan lebih berat sebelum period.
^Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak.Tahap rendah bahan kimia yang dipanggil serotonin boleh menyebabkan wanita yang PMS itu moody dan cepat naik angin.
^Kekurangan Vitamin.Vitamin A dan B yang terdapat dalam sayuran hijau,kuning,dan berdaun membantu mengekalkan keseimbangan bahan kimia dalam otak kamu.
^Stres.Tidak cukup tidur dan gangguan emosi juga boleh menyebabkan PMS..

Sudah tahukan serba sedikit tentang PMS…
Ok!!Kali nie kita ke “Aduhhhhh!!sakitnya senggugut”..
Adakah kamu juga mengalaminya?

Kamu mungkin mengalami kesakitan ketika haid.Senggugut ialah apa yang dipanggil doktor sebagai dismenorea.Ia merupakan istilah perubatan yang merujuk pada kesakitan yang kamu alami ketika awal period.Ia mungkin lebih teruk pada 2 hari pertama dan mungkin juga tidak hadir pada setiap kali kamu period.Ada juga gadis yang mengalami senggugut yang teruk,tapi ada juga bernasib baik dengan mengalami sakit yang sedikit.

Kesakitan dismenorea disebabkan oleh pengecutan atau pergerakan kuat otot uterus..Wanita dengan dismenorea melampau mungkin menghasilkan lebih prostaglandin dalam uterus mereka.
Prostaglandin-->otot uterus bergerak lebih kuat dan lebih kerap mengurangkan aliran darah di kawasan tersebut-->saraf lebih sensetif terhadap kesakitan!

Simptom- simptom dismenorea:
=sakit yang rasa macam bahagian bawah perut kena “pulas” atau “Berputar”
=sakit kepala yang melampau
=sakit pada bahagian belakang dan kaki
=cirit birit
=pengsan

Sakit sangat sampai tak boleh tahan?
~jika terlalu sakit,jangan tunggu sampai ia menjadi lebih teruk.Ambil sedikit pil tahan sakit.
~pastikan kamu beritahu doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
~Tuamkan kawasan yang sakit seperti belakang dan kaki.
~Baring dan berehatlah.Sekiranya kamu sakit kepala,tutup lampu dan elakkan bunyi bising.

Tahukah kamu yang faktor keturunan juga boleh menentukan sama ada kamu akan mengalami senggugut atau tidak?

Ok!!itu saja untuk kali nie..Nanti aku kongsi lagi ye..
Terima kasih kepada kotex yang sudi memberi buku panduan “Tentang Gadis” dekat kita..
Like kotex..
Ianya lebih selesa dan sempurna apabila menggunakannya..
kalau nak mengetahui lebih lanjut sila layari www.kotex.com.my
Sekarang saya sudah pandai origami…Terima kasih kotex!!