My protection!

Impian aku semasa aku umur dah 25 tahun..


Fuyoo…buat ke entah bape kalinya…Entry ini di tulis untuk menyedapkan hati tambahkan perisa yang di izinkan oleh kementerian kesihatan..Hah!!start-start..sudaa terpesong…!
Ok…sebelum memesong entah kemana…baik aku berterus terang aje..
Tajuk:Impian aku semasa aku dah 25 tahun..
Ceh!!pikir ke depan la sangat…haha!

Ok…kalau boleh laa aku nak capai apa yang aku fikirkan yang terbaik untuk aku…..kalau sekarang pun aku tak boleh nak handle..Apa yang patut aku buat untuk tunggu 8 tahun lagi..Adakah ia akan tercapai…??

-Kalau boleh:
*Aku nak sebuah kereta…Huh!!bukan ke tu satu keperluan asas untuk rakyat Malaysia??
viva elite ekslusif
toyota camry..
So,,sekarang ini..Pergi ambil lesen…da dapat lesen baru fikir kereta apa yang aku nak pakai…Sememangnya menjadi manusia mempunyai banyak cita rasa..Bahkan!Cita rasa itu mungkin akan bertukar…So..kereta yang menjadi choices buat masa sekarang VIVa Elite dengan Camry…Kenapa la aku boleh suka sangat dengan kereta macam tu pun aku tak tahu…

*Aku nak Rumah…Wah!!umur baru 25 tahun da ada rumah…Mesti bestkan!
kalau boleh nak besar...tapi..susah pulak aku nak kemas...aku bukan rajin pun..keh..keh..keh!!
Bak kata ayah aku…Rumah sekarang terbina macam kotak..segi empat…Kat mana-mana pun sama..Tapi aku gelakkan balik.. “haha…Mana ada rumah segi tiga..” Betulkan!!mana ada rumah bentuk bujur,Bulat dan sebagainya…Then,,Rumah tu aku nak jadikan asset…Pergh!!bila da kahwin…Jangan harap kau suami…nak duduk dekat situ..kau cari rumah sendiri nak bina rumahtangga dengan aku..haha
Gila..Memang tamak gamaknya!Agak-agak la mana aku nak kumpul duit..nak beli rumah???Hisy..Bertuahnya badan kau orang hadiahkan rumah untuk aku..haha
SUDAH!!berangan pulak kau kan Lailatul Badriah!!

*Aku nak Kahwin..Mak AI!!Kiranya 25 tahun tu dah tua dah tu…Andai tak dapat kahwin umur 25 tahun tu…Aku rasa aku akan membujang sampai ke tua..keh..keh..keh!!
Ciri-ciri lelaki idaman..
First..Mesti la kuat pegangan agama..
Dari aku kecik sampai sekarang..aku suka kat dia..
Pandai nak uruskan keluarga..Jangan asyik dengan dunia dia aja…Lepas tu…Kena handsome..berduit..tu paling penting…Kalau tak ada duit macam mana nak kahwinkan…Bukan kut nak kasi aku makan pasir??Akhirnya nanti aku mati tercekik..tak-tak pun badan aku yang tembam ini akan kurus keremping..haha
Tulus mencintai diri ini…Setia..Hisy..Jangan nak ngada-ngada nak kahwin lebih daripada 1..ok!Lelaki yang baik sudah semestinya akan menjadi pilihan utama…Huh!!macam-macam lagi la..kalau senaraikan ti..tah-tah tak dapat 1 pun..,haha
Hm,,aku tak kisah asalkan kalau itu Allah kata ‘itu jodohmu’aku terima!

*Aku nak ada kerja tetap..Sudah semestinyakan..Kaum hawa bekerja demi mencapai kepuasan hidup!!
Haha…kalau diceritakan sekarang..memang la aku tak tahu apa pekerjaan aku nanti..ok!!kita tunggu dan lihat..harap-harap tak jadi suri rumah sudaa..kalau jadi pun..Everymonth laki aku mesti kena bagi rm2000 kat aku..haha

*Aku nak pergi haji…Wah..Amazing!!hajah Lailatul Badriah!!
Ya Allah..Kau kabulkanlah permintaan aku ini!!Kalau aku tak dapat pergi pun aku nak hantar ayah aku pergi sana…sebab tu la impian aku..dan aku rasa tu aje yang aku mampu nak balas jasa ayah aku..tapi aku tak tahu la aku sampai ke tak ke tahap tu…Hanya tuhan yang menentukan…

Last sekali..
*Aku nak pergi mesir..Walaupun orang lain berebut-rebut nak pergi London,Paris,Belanda,Uk..dan lain-lain..Tapi aku tak nak!!
Kalau boleh aku nak sangat pergi tempat ini…Aku nak study dekat University Al-Azhar…Nak duduk dekat sana..nak stay dekat sana..tapi andai aku tak boleh nak duduk dekat sana..Izinkan lah aku pergi dekat sana hanya seketika…
University Al-Azhar...Mesir!!

So…tu la antara yang terpilih untuk impian aku umur 25 tahun nanti…Aku tak perlu jadi jutawan,asalkan aku masih mampu untuk makan dan beli apa aja yang aku hendak..Andai aku mampu lakukan..Terima kasih Ya Allah!!Semoga capai dan panjang umur hendaknya…Selain..di permudahkan segala urusan…Amin!