My protection!

ala,,emak kahwinkan aku..!!

comel tak dia??

Assalammualaikum..Hari ini nak story pasal J.O.D.O.H..hee~
2 Bulan yang lepas..Mak Chik aku call Kakak aku..Tah hapa hapa tah diaorang berbual..diorang berbual seolah olah topik tu best sangat sampai tergelak besar..
Aku..hee~Buzybody orangnya..So,,pergi la bertanya.. “Kenapa seronok na nie??”
Kakak aku pun kata.. “Kau ada Skandal dengan Shaiful eh??”Aku pun macam orang gila..Sah!!Macam sawan Bahbi..Tergelak sambil menjawab “Mana ada..Siapa buat gossip gila nie??”Angkara aku bergambar dengan dia masa kahwin kakak Diana(Sepupu Aku)..

Eh!Sebelum tu..Abang Shaiful Nie cousin aku..Umur dia 26 tahun(2011)..Tapi dia tak kahwin lagi tau..Mak Chik aku nie..sedang mencari calon..tapi Abang shaiful nie Habih semua orang di rejectnya..Hai,,Demand eh!!hm,,Entah macam mana..Aku pun termasuk dalam calon tu..hee~Terasa hebad kot..haha
Seriusly,,Aku tak banyak bercakap dengan dia..dalam FB pun aku tak ada nak chatting2..Number telefon dia pun aku dah buang..

Kononnya,,Mak Chik aku nie nak jadikan aku calon isteri Abang Shaiful nie la..tapi..Rasa rasanya..Nak ke aku nie??

Di Jadikan satu cerita..Raya hari tu..satu family aku datang rumah mak chik aku nie..Ada pulak Abang shaiful nie dekat rumah..hey,,Awat tak keluar masa tu..Dah gossip liar pulak yang keluar..tapi,,seriously aku rasa nak tergelak terbahak bahak sebab Abang shaiful nie pemalu  sanad sanad orangnya..Boleh pulak dia duduk dekat dapur masa kitaorang datang tu..then,,Abang shaiful nie keluarkan kek..Eh!Lupa pulak..Abang shaiful nie kerja sebagai chef buat kek..
Kek yang di buat tu kek keju..Mak chik aku terus hulur dekat aku.. “Nah,rasa nie Abang shaiful buat..”ayaak!!Saia tak makan la kek keju..so,,Tak ada la aku sentuh kek tu…hm,,Nak makan apa nie??

Aku Nampak satu kuih tu..Kuih tu jer yang aku minat semenjak raya nie..then,,Mak chik aku tu pun kata “Ha,,tu Abang Shaiful la yang buat tu..”Adoi!!Terus tutup benda tu..tak jadi nak makan..malu oww..Kakak kakak aku dah tergelak gelak dah sebab aku makan laju jer kuih tu..sampai setengah dah aku balun..haha
Angah aku kata “elok la tu..orang cinta datang dari mata jatuh di hati..Intan,dari Air tangan jatuh ke perut”Sah!!Sewel sekejap..!

Dah ada dah ciri ciri suami idaman..pandai memasakkan..haha
Nak balik tu..Kak Yang boleh pulak kata.. “Tak salam Abang shaiful ke??”..
Selamba yaya aku jerr.. “Mana boleh HARAM!Bukan muhrim”Dalam hati..hey,,tak mahu lah..tangan dia lembut sebab selalu masuk dapur..Tangan saia macam dawai oww..malu sehh!!
Tak nak salam..Nak duit raya je..hee~Dapat tau..haha

Balik tu..Aku tanya dekat Angah aku..kenapa kenakan aku dengan Abang Shaiful pulak..(angkara lupa peristiwa 2 bulan yang lalu)Angah aku cerita la..Mak chik aku nie nak jodohkan aku dengan dia..bla bla bla..terus Ayah aku menyampuk.. “Kau dengan Dia sesuku(Adat perpatih)..Mana boleh kahwin sesuku..!!see,,Sudah terang lagi bersuluh..Jawapan dia dah ada..memang tak sesuai la aku dengan dia..

Lagi pun..
1: Kami sesuku..
2:Kami sepupu..Kalau something berlaku..tak nak la bercerai berai..kalau boleh sampai mati ada ikatan persaudaraan tu..
3:dia dah tua la..dah 26 tahun..jauh beza dengan aku..hee~Nanti dia kena tunggu aku lagi 5 tahun..sanggup??
4:cuba bayangkan..kecik kecik dulu kejar kerbau pendek sama sama masa dekat kampung..then,,dah besar kena kahwin..hai,,lawak benar tu!!
5:Dia anak tunggal..manja la jawapannya nie kan..
Dan lain lain..

Takdir yang tentukan segalanya..
Kalau sudah tersurat dan tersirat macam gitu..terima je la..
Sekian
Yang bercerita:
Leyla..