My protection!

he my heroes!!!

nie masa bila saya tak tahu..haha

saya anak ayah..ada rupa tak??hihi
masa dpt Prof..

Assalammualaikum..Entry kali ini saya,Lailatul Badriah Binti Mohamad selaku Anakanda kepada Mohamad Bin Abd.Wahab ingin menceritakan serba sedikit tentang ayahanda tercinta..
Blogger dan Silent Reader please pay your attention..!!

Sebelum itu,,Adakah kita mengenali ayahanda kita??Jawapan yang saya berikan ialah TIDAK!!Ramai yang tidak mengenali siapa ayahnya yang sebenar..Mungkin ramai remaja sekarang tidak ambil peduli berkaitan salasilah orang yang paling dekat dengan kita..Yang perempuan heboh nak berkenalan dengan lelaki,Yang lelaki suka sangat nak berkenalan dengan perempuan..Sudah menjadi adat betul??Haha..Oleh itu,,untuk mengenali siapa ayah saya..saya  pun buat beberapa research berkaitan dengan ayah saya..

Nama Ayah saya ialah Mohamad Bin Abdul Wahab..Ayah lahir pada 17/04/1954..Kini usianya sudah memasuki warga emas yang palingg handsome..(kira sendiri kalau nak tahu..)hihi..Beliau lahir di Kampung Simpai,Gunung Pasir,Seri Menanti,Negeri Sembilan..Kalau dah orang Negeri Sembilan sukunya sudah semestinya ada iaitu ‘Tiga Batu’(buka kamus Adat perpatih)..

Dalam Pelajaran..
Darjah 1(1961) dan 2(1962):Bersekolah di SK.Gunung Pasir..Semasa ini Ayah duduk dengan Neneknya iaitu Nenek Salamah..Atuk bekerja sebagai Juru Ukur..
Darjah 3(1963):Bersekolah di SK.Kampung Batu(dalam cerita KUM KUM)..Mula Tahun ini..Ayah mula duduk di Kuala Lumpur..kalau tak silap di Kampung Keramat..Dan bertukar sekolah..
Darjah 3(1963)- darjah 6(1966):SK.Jln Pasar 2..Masa ini Ayah duduk dengan Emaknya..Iaitu(Uwan Mariam)..

Masuk saja Tingkatan 1(1967) sehingga tingkatan 5(1971):Bersekolah di SMK.Amiddudin Baki di Kuala Lumpur..Antara sekolah cemerlang pada masa ini..Bak kata Ayah.. “Jangan Harap Boleh masuk sekolah ini kalau UPSR atau PMR bawah 6A”..Ayah memang suka Mathematic..itu yang saya tahu..!!Zaman Remaja,Beliau duduk dengan kakaknya,,Iaitu Arwah Mak lang A.K.A Fatimah..Apa yang saya tahu..Ayah seorang jaguh di gelanggang silat..Ayah main silat dari tahun 1969-1974..

Zaman Bekerja:
Semasa Umur Ayah 18 tahun(1972):Ayah bekerja sementara sebagai pembantu pejabat A.K.A Kerani A.K.A Ofis Boy..Gaji masa tu hanya Rm 180-Rm200..Cuba bayangkan..Kalau masa ini gaji hanya banyak itu??
Pada Mulanya..Ayah  hendak menyambung pelajarannya di LPIK..Iaitu Maktab Perguruan dalam Bidang Seni Lukis dan Bahasa..Masa Ayah bercakap bidang yang diambilnya ini..saya sungguh terkejut dan mula terfikir.. ‘oh!!patut lah..masa saya darjah 3, ayah  hantar saya ke kelas Lukis..’Terkejut umpama beruk Ayah pandai lukis…hahahahaha~
Tetapi..ayah tak teruskan pelajarannya..saya sendiri tidak tahu kenapa..nanti saya tanya ye..hee~

Tahun 1974-1979:Ayah bekerja sebagai PosMan di Pejabat Pos Malaysia..Yang seronoknya..Kalau ajak Ayah berjalan..mesti tak pernah sesat..see,,Posman la kata kan..Gaji hanya Rm180..Pada Tahun 1974..Ayah berkahwin dengan ibu..Hamidah Binti Abdul Malek.
Tahun 1979:Ayah berhenti bekerja sebagai posMan dan tukar kerja kepada kerani di Felda Sendayan sehingga 1984..Gaji masa ini..Banyak sedikit berbanding tahun sebelumnya..iaitu Rm380..
Tahun 1984:Ayah masuk ‘Rancangan Felda Sendayan’ sehingga 1995 dan menjadi peneroka Felda..Tahun 1995-1996 Ayah  buat Zhulian(Barang kemas Tiruan)Masa 1986..Ekonomi keluarga kami(masa tu saya pun tak lahir lagi)tersangat lah teruk..Lagi lagi masalah ekonomi Negara Malaysia merudum..Bak kata Ayah.. “Masa ini masa yang sangat perit dalam kehidupannya..Menetap di Felda Sendayan.”.

Tahun 1996:Kami sekeluarga berpindah ke Rasah,Seremban..Ayah mencari peluang perniagaan tanpa modal yang tinggi dan risiko yang kecil dengan usaha yang minima..jadi,,Ayah Mula belajar di Open international falculty university science of colour Untuk Diploma..
Usia Tidak mematahkan semangatnya untuk belajar sesuatu dalam kehidupannya..
Ayah bukak Pusat Rawatan dekat Rasah..Ada lagi bangunan tu berdiri tegak dekat situ..

1997:Kami sekeluarga pindah lagi..Menetap di Port Dickson selama 10 tahun..Ayah mula jadi pengamal perubatan alternative..
2004:Ayah melanjutkan pelajaran kepada degree.. dan mendapat gelaran doktor (MD.(CVT))..
Ayah Kata: “Kerjaya yang paling tertinggi darjatnya adalah perawat.Perawat adalah Salah satu bidang yang sesuai untuk diceburi..Perawat yang baik adalah manusia yang mampu merawat diri sendiri sebelum merawat orang lain”
Dalam Masa yang sama..Ayah terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Master..
2005:Ibu meninggal..Semangat ayah sedikit menurun kerana tulang belakangnya pergi menghadap ilahi..
Walau bagaimanapun,,pada tahun 2009:Ayah teruskan lagi belajar ke peringkat Ph.D dan mendapat Gelaran Prof..Ayah kata..Tahun ini adalah tahun kegemilangannya..Betuahnya,,jadi Ayah kan..
2011:Kini,,Ayah melanjutkan pelajarannya dalam bidang HDA(hydrotherapy Ais)Ph.D Lanjutan..
Pusat Rawatan ayah..Pada mulanya di Rasah menjadi titik pemulaan..bersambung dirumah Port Dickson bersambung lagi di bangunan di sebelah Pasar Port Dickson..Di Bangunan Mara Bt.4 PD,Bangunan Plaza Mara  di Seremban..Dan kini di Cheras..

Ayah kata:
“Pengalaman banyak mengajar dia dalam kehidupan..”
“Kita mesti ada ilmu untuk berjaya”

Kepada Ayah:Terima Kasih kerana sudi berkenalan dengan anakmu ini..(alahai,,skemanya)..Terima Kasih juga sebab sudi cerita salasilah tentang diri ayah..!!

Now,,Aku rasa semangat dan motivasi diri aku semakin bertambah..Well,,Aku rasa feel nak belajar tu hilang..tu sebab aku buat benda nie..up sikit semangat nak belajar tu ek??Hopefully!!

JANGAN MENGALAH SEBELUM REBAH YA LAILATUL BADRIAH BINTI MOHAMAD..!!
Sekian~
Anakanda tercinta:
Leyla~