My protection!

ceramah Osman Affan..SmartStudy


Edaran yang amat berguna untuk pelajar..



Assalammualaikum,,Hari yang ceria..Sudah masuk 13 september dalam tahun 2011 nie kan..kejap jerr rasanya..Hm,,Baiklah..Hari nie..Memang hati sungguh gembira Terasa hendak gelak sampai terguling guling sehingga jatuh katil..Bukan apa..Cuma bangga dapat berjumpa face-to-face dengan Osman Affan..Kenal dia nie??Mesti ramai yang kenalkan..Motivator yang terhebad di Malaysia..

Hari nie..Osman Affan Datang ke SMK Seri Pagi..Wah!!PIBG sekolah aku Bayar RM7000 untuk dia bercakap dari pukul 8.15am hingga 4.30pm..Memang seronok habis..Memang tak kering gusi dan tak kering Idea dia nie..Kitaorang dalam dewan tu tak gerak gerak..Semua steady jerr..Pergi tandas pun tak..See,,Ada aura Osman Affan nie..!!

Banyak benda yang kitaorang belajar..Antaranya,,Minda,Memori dan Masa..
Mengenai minda..Apa yang dapat aku simpulkan dari Osman Affan cakap mengenai Matlamat..Siapa kita sekarang dan apa impian kita pada masa akan datang..Bak kata Osman Affan “Tanpa Halangan,Matlamat Bukanlah suatu Impian”(Aku sendiri sedang memikirkan apa sebenarnya yang hendak disampaikan)..

Dalam tajuk Minda nie..kita jangan mudah putus asa..Yang penting sekarang nie..Jangan mudah kutuk diri sendiri..Misalnya,, “Aku nie tak cantik..”Cuba bayangkan..Kalau diri sendiri kata tak cantik,orang lain pun akan Nampak benda yang sama..
Lebih Mudah kalau kita sendiri pandang wajah kita dicermin..Sambil Tersenyum dan menggambarkan kita adalah seorang yang cantik..serta cakap apa matlamat kita pada diri sendiri..itu lebih menguatkan motivasi diri sendiri(eleh!!Nak buat lettu)..Yang penting sangat sangat..Orang lain tak akan Nampak apa potensi diri kita..Oleh itu,,mari la pergi hari hari,eh!Silap!! marilah kita menunjukkan bakat terpendam dalam diri kita OK!!

Selain Minda..Terdapat jugak cara/Teknik nak belajar dengan berkesan melalui Memori..Apa sebenarnya kekuatan diri kita??Kekuatan diri kita terletak pada otak kita..Bahasa Memori saya ialah Gambar..Cuba kita tengok gambar berbanding teks yang panjang berjela jela..mana agaknya kita akan suka??Lu Fikirlah sendiri!!

Kebiasaannya,,Orang kita ada 2 jer masalah..pertama,,sukar untuk mengingat atau kedua tidak faham!!Ada 6 Cara yang boleh digunakan dalam subjek yang gila gila pakai otak misalnya,,sejarah,,Matematik ataupun sains..Macam mana nak ingat ek??
Pertama,,Akronim..Akronim adalah perkataan yang terhasil apabila kita mengambil huruf pertama daripada beberapa senarai kata kunci..
Misalnya..
G-Goal
R-Result
E-excellent
A-action
T-time..
Kebiasaannya,,akronim selalu digunakan..dan ramai yang sudah tahu dengan pergunaannya..ianya,,amat berfungsi kepada mata pelajaran serta dapat membantu kita untuk mengingati apa jua yang penting..

Kedua,,Akrostik..Korang tahu apa itu Akrostik??Aku sendiri baru tahu..haha
Akrostik ialah ayat yang terhasil apabila kita mengarang cerita menggunakan huruf pertama daripada beberapa senarai kata kunci..Misalnya..
Warna pelangi:             Istilah Apabila kita sedang membayangkan sesuatu:
M-Mackel(Merah)       “Mata kanan:Fikir kepada benda yang baru..”
J-jacson(Jingga)           “Mata kiri:Fikir kepada gambar atau imaginasi..”
K-kena(kuning)
H-halau(hitam)
B-balik(Biru)
I-india(indigo)
U-utara(ungu)

Ketiga,,Audionim..Audionim pula adalah perkataan yang sukar kita ingat lalu kita tukarkan kepada gambar berdasarkan bunyi yang sama dengan  perkataan itu.
Keempat,,Cerita Kreatif..Cerita kreatif ialah mengarang jalan cerita menggunakan kata kunci atau isi penting.Hasilnya semua kata kunci boleh diingati mengikut turutan yang betul.
Contohnya,,Kata kunci..(Kucing,,Selipar Jepun,,Karipap,,Besi Buruk,,Surau)
Cerita skema..Ayat den la nie.. “Kucing itu pakai selipar jepun sambil makan karipap diatas besi buruk di tepi surau”..Cerita lucu.. “Seekor kucing pakai selipar jepun pergi beli karipap dikedai Mak Jah sambil berkata “Nak Karipap seringgit!”..Mak jah terkejut apabila kucing itu pandai berkata kata lalu mengetuknya dengan besi buruk..Kucing itu insaf dan bersolat di Surau”..
Tekniknya mudah aja..Baca dan Faham,,Kenalpasti kata kunci,,Tulis Cerita kreatif ,,Lukis gambar ringkas..

Teknik Seterusnya,,Flash Card..Nota ringkas yang mudah dibawa ke mana mana. Paling berkesan untuk menghafal fakta yang sukar kita ingat..Mudah aje..Koyakkan kertas A4 kepada 6 bahagian..selepas itu,,yang depan kita tulis soalan manakala yang belakang kita tulis jawapan..(teknik ini digalakkan mengunakan pen berwarna Hitam atau berwarna warni)..
Memori Smartstudy juga mempunyai teknik memori chunking yang bermaksud memecahkan maklumat maklumat yang hendak dihafal kepada bahagian bahagian kecil..

Teknik yang terakhir..Nombor Ceria..Bolehkah kita hafal nombor 80 Digit dalam masa 15 minit??Jawpan yang diberikan oleh Osman Affan Adalah.. ‘Ya,Boleh!’..ada teknik yang boleh kita lakukan..Bayangkan sebuah ruang mempunyai sudut..Setiap sudut mempunyai Nombor dan gambar..ingat tarikh tarikh penting dalam subjek sejarah akan menjadi mudah..Misalnya,,Tarikh Malaysia Merdeka ialah 31/08/1957..Yang boleh ditafsirkan dalam gambar ialah..3(M)1(T)/0(S)8(F)/1(T)9(P)5(L)7(K)..Hal ini bermaksud..3 dan 1 ialah Mata/0 dan 8 ialah sofa/1957 ialah TPLK..Cuba lihat gambar dibawah!!

tekan 2 ke 3 kali untuk zoom..
Minda sudah,Memori pun sudah..Sekarang ‘Masa’..Pengurusan masa yang efektif haruslah dilakukan oleh setiap manusia di muka bumi ini..Ramai pelajar termasuk Aku suka merunggut 24 jam dalam sehari tidak cukup untuk melakukan semua kerja..Tambahan pula,,nak mendapat kan mood yang baik juga merupakan faktor kerja kita selalu tertangguh..Malas adalah punca segala galanya..So,,Apa yang harus kita lakukan ialah..Cuba buat To-Do List dalam seminggu..Misalnya,,Buat assignment yang diberikan oleh cikgu dan hantar pada masa yang ditetapkan..Utama yang Penting dahulu..Selain itu,,Buat juga senarai for Today supaya kerja kita tidak bertambah atau tertangguh dengan kerja yang esok..Yang penting..Lakukan kerja yang susah dahulu baru lakukan kerja yang senang..!!

Lipat satu kertas dan masukkan to-do list td mengikut urutan
Kan mudah!!Tipss Dah ada..Moh la kita mencuba..Semoga berjaya..
Lagi lagi kepada si Lailatul Badriah nie..Saia dah la ambil Sejarah..Subjek yang dibenci oleh orang ramai..Ah!!Itu tidak penting..yang penting Cinta cikgu,,Cinta sejarah!!
Banyak lagi yang dibicarakan oleh Osman Affan kepada kami..Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat di kongsikan..Sharing is caring..But this Hakcipta terpelihara Smartstudy..Kalau korang nak tahu lebih lanjut pergilah Ceramah/Motivasi Osman Affan nie..Sure kena RM300 ke atas untuk beberapa jam..Tak pun poie beli jerr buku buku yang dia tulis..Sure korang pun akan dapat input dan manfaat..ok lah!!
Sekian~
Writing by:
Cik Leyla..